

187
membangunkan dan seterusnya melaksanakan program-
program akademik yang baru di UPNM. Peruntukan
offsets
yang diterima membantu mengurangkan beban kewangan
kepada UPNM dalam membangunkan program akademik
serta kos penghantaran pensyarah UPNM mengikuti Program
Sarjana serta Doktor Falsafah di Luar Negara.
UPNM telah membangunkan dan melaksanakan program
Msc
in Engineering Business Management for Defence and
Security
(MEBM) dengan kerjasama University of Warwick,
United Kingdom mulai tahun 2012 selama tiga tahun melalui
peruntukan
offsets
yang diterima pada tahun 2012 sebanyak
RM7.5 juta.
UPNM juga telah membangunkan dan melaksanakan
program
MSc in Cybersecurity and Management
juga dengan
kerjasama daripada University of Warwick, United Kingdom
mulai tahun 2017 melalui peruntukan
offsets
sebanyak RM7.9
juta
.
Walau bagaimanapun setakat ini UPNMHSB baru
menerima peruntukan
offsets
sebanyak £95,000 (RM531,
886). Baki peruntukan dijangka akan diterima pada tahun
2018.
UPNM telah menerima dan akan menerima sebahagian lagi
peruntukan
offsets
daripada Syarikat DCNS SA yang
dianggarkan berjumlah RM30 juta. Peruntukan ini digunakan
bagi pelaksanaan beberapa program iaitu penghantaran
seramai empat orang pensyarah UPNM bagi mengikuti
Program Sarjana dan empat orang bagi mengikuti Program
Doktor Falsafah di ECN pada bulan September 2017 serta
penghantaran seramai lima orang graduan UPNM mengikuti
Program Sarjana di ECN mulai September 2019 hingga 2023.
Melalui peruntukan
offsets
ini, perbelanjaan pensyarah-
pensyarah dan graduan UPNM tersebut ditanggung
sepenuhnya termasuk yuran pengajian, elaun sara hidup dan
tiket penerbangan. Selain itu, melalui peruntukan
offsets
ini
ii. KEW 23C
iii. KEW 23E