

184
Kemudahan kewangan yang ditawarkan kepada pelajar
UPNM adalah berdasarkan dua sumber iaitu seperti berikut:
a. Penajaan dari Kementerian Pertahanan Malaysia bagi
pelajar berstatus Pegawai Kadet.
b. Biasiswa dan Pinjaman seperti Kementerian, Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat
(MARA), Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara
(PTPTN) atau Kerajaan Negeri dan lain-lain penaja.
UPNM membantu pelajar untuk mendapatkan
pembiayaan ini dengan membuat penyelarasan dengan
pihak terlibat untuk memudahkan serta penyeragaman
maklumat.
Dokumen Rujukan:
i. KEW 31
Bagi pelajar yang berlatar belakang kurang berkemampuan
pula akan diberi bantuan ihsan melalui bantuan zakat. Pelajar
boleh membuat permohonan kepada Pusat Islam bagi
bantuan zakat dan proses kelulusan tersebut berdasarkan
kepada Garis Panduan yang telah ditetapkan.
Dokumen Rujukan:
i. KEW 3K
UPNM mempunyai Dasar dan Garis Panduan Penyelidikan
sebagai rujukan bagi memastikan perjalanan pengurusan
penyelidikan berjalan lancar.
Dokumen Rujukan :
i. KEW 1D
ii. KEW 2B
iii. KEW 2C
iv. KEW 7A
v. KEW 7B
vi. KEW 28
Amalan terbaik:
UPNM mengambil inisiatif dengan menganjurkan beberapa
bengkel dan kursus kepada pensyarah/ penyelidik UPNM bagi
meningkatkan kefahaman dan pengetahuan untuk
menyediakan kertas cadangan penyelidikan.
Permohonan geran penyelidikan yang dibiayai oleh pemberi
dana luar seperti KPT, MOSTI dan sebagainya adalah
tertakluk kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh