

181
Perbendaharaan yang telah dipinda mengikut kesesuaian
UPNM.
Selain itu, Surat Pekeliling Bendahari Bil. 1/2017 berkenaan
Garis Panduan Pelaksanaan Pemeriksaan Aset Alih telah
dikuatkuasakan pada 8 Jun 2017.
Taklimat pengurusan aset alih turut diadakan dari semasa ke
semasa di peringkat PTj antaranya pada 22-23 Mei 2017, 17
Ogos 2017 dan 19 September 2017.
Prosedur Kehilangan dan Hapus Kira Aset Alih Universiti (PK
(O).UPNM.BEND.08) juga telah diwujudkan sebagai garis
panduan dalam menguruskan kehilangan dan hapus kira aset
alih.
Sistem Kewangan SAGA digunakan dalam merekodkan
perolehan aset alih UPNM.
Jabatan Bendahari sedang membangunkan Sistem
Pengurusan Aset Alih UPNMmelalui vendor yang telah dilantik
dan dijangkakan akan siap sepenuhnya pada 25 Disember
2017.
Universiti telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan
Risiko Universiti pada 29 Mei 2015. Antara fungsi
Jawatankuasa ini adalah untuk menyelaras dan
menggalakkan proses pengurusan risiko dilaksanakan secara
efisien dan efektif serta mengkaji dan menyemak semula dari
semasa ke semasa pengurusan risiko. Pengurusan Risiko
UPNM telah diluluskan oleh LPU dan berkuat kuasa
sepenuhnya pada 13 November 2015.
Pelaksanaan pengurusan risiko kewangan yang meliputi
pengenalpastian, penganalisisan, penilaian dan pemantauan
risiko perlu dimantapkan terhadap Jabatan Bendahari dan
Dokumen Rujukan:
i. KEW 2A
ii. KEW 9A
iii. KEW 9O
iv. KEW 33