

217
berkualiti dalam bidang ketenteraan dan keselamatan
dapat dikekalkan.
ii.
Pelaksanaan Program 2U2i
Universiti sedang membangunkan satu program
berkonsepkan kepada pendekatan 2U2i inspirasi
daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Konsep 2U2i akan dijalankan bersama Fakulti
Kejuruteraan bagi merealisasikan penawaran program
baharu Sarjana Muda Sains Penerbangan.
Program yang bakal dilaksanakan ini akan diadakan
bersama Kolej Tentera Udara (KTU) dan beberapa siri
perbincangan bersama pakar kejuruteraan dan
penerbangan telah dijalankan bagi merealisasikan
penawaran program berkenaan dalam usaha untuk
melahirkan pelajar yang kompeten selari dengan
kehendak industri dan cemerlang dalam bidang
akademik serta memperoleh tauliah profesional dalam
bidang penerbangan. Jaringan usaha sama ini
merupakan satu langkah di bawah formula
win-win
situation
antara industri dan institusi pendidikan.
3.2.1.4 Kenaikan Pangkat Staf
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melaksanakan urusan
kenaikan pangkat bagi semua jawatan berdasarkan kepada
skim dan Surat Kelulusan Perjawatan yang diluluskan
Perbendaharaan Malaysia. Urusan kenaikan pangkat bagi
jawatan akademik dan bukan akademik dilaksanakan sekurang-
kurangnya dua kali setahun. Jawatan kenaikan pangkat bagi
staf akademik boleh dipohon sepanjang masa bagi staf yang
memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan dalam Garis
Panduan dan Penilaian Pelantikan dan Kenaikan Pangkat
Pensyarah/ Guru Bahasa UPNM manakala bagi staf bukan
akademik, kenaikan pangkat adalah mengikut kekosongan
jawatan, kenaikan pangkat secara fleksi dan secara
time-based.
Rujuk SM 27:
Surat
Lantikan
Pengarah Bagi Program
2U2i