Previous Page  340 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 340 / 449 Next Page
Page Background

220

bagi staf yang telah memenuhi tempoh

perkhidmatan yang ditetapkan.

c) Proses permohonan kenaikan pangkat bagi

kedua-dua kumpulan bukan akademik adalah

sama di mana Bahagian Pengurusan Sumber

Manusia

akan

mengiklankan

dan

menghebahkan kekosongan jawatan terlebih

dahulu melalui portal rasmi UPNM yang boleh

dicapai oleh semua warga UPNM.

d) Pemohon perlu mengisi borang yang disediakan

dengan diperakukan oleh Ketua Jabatan

mengikut keperluan yang ditetapkan dan

mengemukakan kepada pihak urus setia untuk

diproses. Permohonan yang lengkap dan

memenuhi syarat akan melalui proses temuduga

kenaikan pangkat.

3.2.1.5 Penempatan Semula

Penempatan semula staf dilihat sebagai satu mekanisma positif

dalam meningkatkan mutu perkhidmatan serta prestasi staf, di

samping memperkayakan pengetahuan mahupun pengalaman

staf di UPNM secara keseluruhannya. Staf akan dapat memberi

perkhidmatan yang cemerlang sekiranya ditempatkan di

jawatan yang bersesuaian dengan kompetensinya. Urusan

penempatan semula yang tidak dilaksanakan dengan baik akan

memberikan kesan yang negatif bukan sahaja kepada

organisasi tetapi kepada staf yang terlibat. Pertukaran dalaman

juga dapat membantu memperkayakan dan memperluaskan

tugas (

job enrichment and job enlargement

) kepada pegawai

dan boleh menyumbang ke arah peningkatan produktiviti

seseorang pegawai dan jabatan pegawai berkhidmat secara

tidak langsung.

Pegawai

Kumpulan

Pelaksana

Rujuk SM 32:

Garis

Panduan

Penempatan Semula

Pegawai di UPNM