

185
Dasar ini digubal untuk memastikan staf mempunyai
kemahiran, pengetahuan, nilai murni dan sikap positif
dalam menjalankan tugas. Ia juga penting untuk
kemajuan kerjaya seseorang kakitangan awam.
Namun pelaksanaan dasar ini memerlukan komitmen di
kalangan ketua jabatan dan juga staf itu sendiri. Ketua
jabatan perlu melaksanakan dasar ini dengan penuh
tanggungjawab untuk memastikan agenda pembangunan
staf sentiasa diberi perhatian. Hal ini termasuk
menyediakan sistem pengurusan latihan yang dapat
membantu memastikan objektif atau matlamat dasar itu
tercapai.
Dalam konteks ini, ketua jabatan perlu komited
memperuntukkan kewangan seperti dinyatakan dalam
dasar latihan UPNM diagihkan untuk tujuan latihan staf di
jabatannya.
Tanpa peruntukan kewangan mencukupi aktiviti latihan
menjadi terbatas dan ini akan membantut agenda
pembangunan modal insan sesuatu jabatan. Universiti
serta jabatan juga perlu memastikan program latihan
kakitangan selaras keperluan jawatan disandang dan
sesuai dengan perubahan persekitaran termasuk
perubahan teknologi.
Hal ini dapat dicapai dengan adanya pelan induk latihan
yang terancang termasuk analisis keperluan latihan untuk
mengenal pasti jenis latihan diperlukan oleh anggota dan
mengambil kira hala tuju jabatan yang diterjemahkan
dalam bentuk kerangka kompetensi dan pelan induk
latihan dengan mengambil kira keperluan pembangunan
bakat staf.