

188
3.2.3.5 Kemudahan Cuti Belajar
Kemudahan Cuti Belajar di UPNM adalah merupakan
program latihan jangka panjang pembangunan staf
UPNM yang tertumpu kepada staf akademik selain staf
pentadbiran.
Kemudahan cuti belajar ini bertujuan meningkatkan
kemahiran dan kepakaran serta peningkatan kerjaya staf
dengan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih
tinggi sama ada melalui program Pasca Ijazah (Sarjana
dan Doktor Falsafah) ataupun Sijil, Diploma dan Ijazah
Sarjana Muda.
Objektif Kemudahan Cuti Belajar adalah:
Penyediaan staf akademik dan bukan akademik
yang mempunyai kelayakan akademik tertinggi
yang relevan dengan keperluan pengajian di
universiti.
Membentuk staf yang profesional dan berkualiti
bagi membantu universiti mencapai wawasan
untuk menjadi Pusat Kecemerlangan Akademik
dan Teknologi bertaraf dunia.
Memantapkan serta mengukuhkan pengetahuan
staf dalam bidang-bidang pengkhususan dan
kepakaran tertentu.
Universiti juga menyediakan Skim Cuti Belajar di
kalangan staf akademik untuk program Ijazah Sarjana
dan PhD. Universiti menggalakkan staf bercuti belajar
dalam mahupun luar negara dan skim ini melibatkan
pensyarah dan pensyarah muda.
Rujuk SM46 :
Fail Minit Mesyuarat
J/K
Cuti
Belajar
Universiti Tahun 2008 -
2015