

193
3.2.4 Pengurusan Pampasan
Universiti sentiasa prihatin dalam memastikan
kebajikan staf sentiasa diutamakan dan dijaga,
penyediaan pelbagai insentif serta kemudahan yang
telah diwujudkan meliputi elaun dan imbuhan yang
bersesuaian bagi staf mengikut kelayakan dan
syarat yang telah ditetapkan.
3.2.4.1 Elaun Gantian Kenderaan
Jabatan Pendaftar telah mengamalkan dasar
penjimatan dengan memberi Elaun Gantian
Kenderaan kepada pegawai yang layak. Sebelum
ini, pegawai dibekalkan kenderaan universiti dan
memerlukan pembiayaan yang banyak bagi
penyelenggaraan kenderaan dan pengendalian
kenderaan kepada pegawai.
Universiti telah meluluskan pemberian Elaun
Kenderaan kepada pegawai yang layak iaitu
pegawai yang memegang jawatan tertinggi universiti
melalui Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Naib
Canselor (EXCO) Bil. 5/2010.
Melalui Mesyuarat Eksekutif Naib Canselor (EXCO)
Bil. 6/2014, penambahbaikan ke atas kadar bayaran
dan elaun kenderaan telah diluluskan dalam
mesyuarat tersebut yang turut mengambil kira kadar
semasa bagi penggunaan tol dan kos
penyenggaraan
serta
penggunaan
minyak
kenderaan pada ketika ini.
Rujuk SM58:
Minit
Mesyuarat
Lembaga
Pengarah
Universiti (LPU) Kali
Ke-19 Bil. 3, Tahun
2014 (m.s. 26)
Rujuk SM59:
Pekeliling
Jabatan
Pendaftar Bil. 5 Tahun
2014