Background Image
Previous Page  226 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 226 / 298 Next Page
Page Background

189

Penghantaran staf cuti belajar bermula pada tahun 2007

dengan menghantar seorang calon untuk menyambung

pengajian di peringkat sarjana ke luar negara. Mulai tahun

2008 sehingga tahun 2012, jumlah penghantaran calon

menunjukkan peningkatan jumlah seperti di Statistik

Penghantaran Cuti Belajar (Sarjana dan PhD). Pada

tahun 2013 sehingga kini, jumlah calon yang

menyambung pengajian adalah tertakluk kepada

perancangan oleh fakulti/ pusat bagi memberi laluan

kepada pensyarah yang belum mempunyai PhD untuk

menyambung secara sepenuh masa atau separuh masa.

Secara keseluruhannya, jumlah calon peringkat sarjana

yang telah dihantar bercuti belajar adalah seramai 45

orang di kalangan pensyarah muda/ pensyarah tetap

manakala jumlah calon peringkat PhD adalah seramai

130 orang menjadikan jumlah kesemuanya adalah 175

orang setakat ini.

3.2.3.6. Kemudahan Cuti Sabatikal

Kemudahan cuti sabatikal adalah merupakan cuti yang

diluluskan kepada staf akademik UPNM yang

berkelayakan untuk mengikuti suatu program berkaitan

akademik seperti pengajian dan/ atau menjalankan

penyelidikan,

penempatan

untuk

menambahkan

pengalaman dan ilmu pengetahuan baharu dalam

pelbagai bidang atau penulisan buku ilmiah atau

kesemuanya.

Program latihan ini dapat membantu UPNM dalam

meningkatkan keupayaan staf akademik terutamanya

untuk mengembangkan dan memperluaskan bidang

kepakaran akademiknya serta meningkatkan prestasi

kerja.

Rujuk SM47:

Garis Panduan Cuti

Belajar Skim Latihan

Akademik Bumiputera

(SLAB)/ Skim Latihan

Akademik (SLAI)

Rujuk SM48:

Statistik Penghantaran

Cuti Belajar

(Sarjana dan PhD)

Tahun 2007- 2015

Rujuk SM49:

Garis Panduan Cuti

Sabatikal UPNM