Background Image
Previous Page  227 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 227 / 298 Next Page
Page Background

190

Program cuti sabatikal yang ingin dijalani boleh

dilaksanakan di dalam atau pun luar negara. Walau

bagaimanapun, kelulusan cuti sabatikal di luar negara

adalah tertakluk kepada keperluan, faedah kepada

negara, universiti, fakulti dan juga kepada staf sendiri.

Kemudahan cuti sabatikal mula dilaksanakan pada tahun

2015 iaitu seramai lima (5) orang dihantar untuk

menjalani cuti sabatikal dalam dan luar negara. Seramai

dua (2) orang daripada Fakulti Pengajian dan Pengurusan

Pertahanan (FPPP), satu (1) orang dari Pusat Asasi

Pertahanan (PAP), satu (1) orang daripada Fakulti Sains

dan Teknologi Pertahanan (FSTP) dan satu (1) orang

daripada Fakulti Kejuruteraan (FKJ). Tempoh menjalani

sabatikal adalah lima (5) bulan dan sembilan (9) bulan

mengikut kelayakan.

3.2.3.7 Kemudahan Cuti Pasca Kedoktoran Dan Sub-

Kepakaran

Skim Biasiswa untuk Pengajian Pasca Kedoktoran UPNM

di bawah Cuti Belajar Bergaji Penuh ini disediakan oleh

Kementerian Pendidikan Tinggi kepada staf akademik UA

untuk melanjutkan pengajian di peringkat Pasca

Kedoktoran dalam dan luar negara. Skim ini baharu

sahaja diwujudkan di UPNM selepas kelulusan Mesyuarat

Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Bil. 3/2014.

Kemudahan ini disasarkan kepada kumpulan pensyarah

di UPNM yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu

(1) hingga tiga (3) tahun selepas dianugerahkan PhD

atau Ijazah Kepakaran dan tidak pernah mengikuti

pengajian peringkat Pasca Kedoktoran/ Sub-Kepakaran.

Rujuk SM50:

Statistik Penghantaran

staf

menggunakan

Kemudahan

Cuti

Sabatikal Tahun 2015

Rujuk SM51:

Garis Panduan Cuti

Pasca Kedoktoran dan

Sub Kepakaran

Rujuk SM52:

Minit Mesyuarat LPU

Bil. 3/2014

Rujuk SM53:

Statistik Penghantaran

Staf

yang

Menggunakan

Kemudahan

Pasca

Kedoktoran