

191
Skim Pasca Kedoktoran bertujuan memberi peluang
kepada staf akademik UPNM yang telah menamatkan cuti
belajar dan lulus Ijazah Kedoktoran (PhD)/ Ijazah
Kepakaran untuk menjalankan aktiviti-aktiviti akademik
lanjutan seperti berikut:
Pengajaran
Penyelidikan
Penulisan dan Penerbitan
Perundingan penyelidikan, penulisan, penerbitan
dan perundingan berhubung dengan bidang
pengajian yang dijalankan.
Cuti Pasca Kedoktoran mula dilaksanakan pada tahun
2015 yang mana seorang pensyarah daripada Fakulti
Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) akan
menjalani Cuti Pasca Kedoktoran di luar negara pada
Disember 2015.
Kemudahan Sub Kepakaran pula adalah terhad kepada
pensyarah perubatan sahaja iaitu daripada Fakulti
Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP).
3.2.3.8 Program Insaniah UPNM
Kecemerlangan yang sebenar-benarnya tidak dapat
dihasilkan oleh staf atau kumpulan individu yang
mempunyai ilmu, kemahiran dan kesihatan semata-mata.
Ada lagi faktor lain yang perlu ada pada setiap staf
tersebut termasuk semangat kerja berpasukan dan
semangat kekeluargaan dalam organisasi.
Rujuk SM54:
Kertas Kerja Kelulusan
EXCO UPNM Bil.
1/2015
Program
Insaniah UPNM