Background Image
Previous Page  224 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 224 / 298 Next Page
Page Background

187

laporan kehadiran staf dalam program latihan disediakan

setiap tiga (3) bulan untuk tujuan pemantauan oleh ketua

jabatan.

3.2.3.4 Kemudahan Menghadiri Persidangan

Jawatankuasa Persidangan Universiti diwujudkan untuk

menyelaras aktiviti menghadiri persidangan dalam dan

luar negara serta menyelaras aktiviti menganjurkan

persidangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Perkara ini adalah peluang bagi staf berinteraksi di

peringkat antarabangsa terutamanya dengan menghadiri

dan membentangkan kertas kerja di seminar dan

persidangan antarabangsa wajar diberikan kepada staf.

Justeru, seminar dan persidangan dapat membantu bagi

membolehkan pengalaman dan ilmu diperoleh serta

memantapkan lagi penyelidikan UPNM.

Fungsi Jawatankuasa Persidangan UPNM seperti

berikut :

Menguruskan perancangan aktiviti tahunan Unit

Persidangan termasuk kekerapan bersidang.

Menguruskan permohonan menghadiri dan

mengadakan persidangan.

Menguruskan

permohonan

menganjurkan

persidangan peringkat universiti/ kebangsaan/

antarabangsa.

Menguruskan penghantaran laporan sebelum dan

selepas persidangan.

Menguruskan borang-borang yang berkaitan

dengan persidangan.

Rujuk SM41:

Statistik Staf UPNM

yang Telah Menghadiri

Latihan Tahun 2013-

2015

Rujuk SM42:

Garis

Panduan

Menghadiri

Persidangan

Staf

Akademik UPNM

Rujuk SM43:

Minit Mesyuarat J/K

Persidangan

UPNM

Tahun 2008-2015

Rujuk SM44:

Statistik

Penyaluran

Peruntukan Kewangan

oleh Universiti bagi

Tujuan

Menghadiri

Persidangan

Tahun

2013-2015

Rujuk SM45:

Statistik

Bilangan Staf yang

Telah

Menghadiri

Persidangan

Tahun

2013-2015