Background Image
Previous Page  220 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 220 / 298 Next Page
Page Background

183

Bagi pembentukan kompetensi staf akademik dalam

bidang pengajian masing-masing, universiti turut

menyediakan kemudahan menghadiri persidangan bagi

menggalakkan

staf

akademik

untuk

membuat

pembentangan kertas kerja berhubung projek dan kajian

penyelidikan yang telah dilaksanakan. Kemudahan

tersebut adalah meliputi penyertaan dan juga

pembentangan di peringkat dalam dan luar negara.

3.2.3.2 Pembangunan dan Pengumpulan Bakat (Talent

Development and Talent Pool)

Sejajar dengan pekeliling tersebut, universiti berhasrat

untuk mencapai matlamat dalam melahirkan staf yang

berkualiti serta berprestasi tinggi, satu program

pembangunan sumber manusia telah pun dirangka bagi

menepati keperluan dan kehendak universiti selaras

dengan dasar negara.

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM)

adalah sebahagian daripada peranan Pejabat Pendaftar

UPNM untuk membangunkan sumber manusia universiti.

BPbSM menjadi penggerak utama dalam memenuhi

peningkatan kompetensi staf UPNM melalui latihan dan

program pembangunan sumber manusia. Latihan yang

terlibat adalah:

Kursus Jangka Pendek (kursus anjuran dalaman

& kursus anjuran pihak luar)

Kursus Jangka Panjang

Taklimat

Ceramah/ Majlis Perkongsian Ilmu

Seminar

Lawatan Rasmi/ Korporat/ Sambil Belajar

Rujuk SM32:

Garis

Panduan

Menghadiri

Persidangan

Staf

Akademik UPNM

Rujuk SM33:

Hebahan Multimedia/

Gambar/

Poster/

Sistem SMP