Background Image
Previous Page  215 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 215 / 298 Next Page
Page Background

178

pengguna menyelenggarakan penilaian prestasi

bagi dirinya sendiri dan PYD di bawah

seliaannya.

Penilaian Prestasi Dalam Tempoh Berkursus

dan Cuti Belajar membolehkan Urusetia PPSM

menyelenggarakan prestasi PYD yang masih

dalam tempoh berkursus dan Cuti Belajar.

Untuk mengenal pasti pegawai yang berprestasi

tinggi untuk dicalonkan sebagai penerima

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan

lain lain anugerah

Penilaian Prestasi Tahunan membolehkan

Pergerakan Gaji Tahunan diberikan kepada staf

mengikut tarikh pergerakan gaji yang

ditetapkan.

3.2.2.3 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) ini adalah

selaras dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Bilangan 2, Tahun 2002 dan ia merupakan satu

pengiktirafan kepada staf yang menunjukkan prestasi

yang cemerlang pada sepanjang tahun dinilai. Melalui

penganugerahan ini, satu budaya kerja yang positif dapat

diterapkan dalam kalangan staf berdasarkan sumbangan

dan perkhidmatan yang telah diberikan, selain menjadi

panduan dan contoh bagi staf yang lain dalam

membentuk staf berprestasi tinggi secara berterusan di

universiti. APC adalah terbuka kepada semua staf sama

ada tetap, kontrak ataupun pinjaman yang telah genap

setahun penuh perkhidmatan pada hari terakhir penilaian

dengan mendapat markah penilaian prestasi sekurang-

kurangnya 85 peratus. Pemilihan dilakukan oleh Panel

Pembangunan Sumber Manusia berdasarkan perakuan

dan sokongan daripada Ketua Jabatan.

Rujuk SM23:

Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan

13

Tahun

2012,

Penganugerahan

Pingat Perkhidmatan

Cemerlang

dan

Pemberian Anugerah

Perkhidmatan

Cemerlang

Rujuk SM24:

Fail Mesyuarat Panel

Pembangunan Sumber

Manusia:

UPNM(P)01.05/07 Jilid

2