Background Image
Previous Page  214 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 214 / 298 Next Page
Page Background

177

3.2.2.2 Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LPPT)

Pada tahun 1992, Sistem Saraan Baru (SSB) telah

memperkenalkan prinsip upah berteraskan prestasi.

Manakala Sistem Saraan Malaysia (SSM), prinsip

tersebut telah diperkemaskan melalui prinsip upah

berasaskan kompetensi. Prinsip baru ini menitikberatkan

aspek sikap, kemahiran dan pengetahuan serta lebih

bersikap holistik. (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4,

Tahun 2002: Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi

Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan). Laporan

Penilaian Prestasi UPNM pula, telah diperkenalkan pada

tahun 2007 iaitu dengan menggunakan borang dengan

format yang dikeluarkan oleh pihak JPA. Jabatan

Pendaftar telah memudahkan proses pengurusan

penilaian prestasi untuk diaplikasi dengan menggunakan

Sistem online Penilaian Prestasi Sistem Saraan Malaysia

– Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang telah

dilaksanakan pada tahun 2012.

LPPT diguna pakai bagi memantau prestasi dan

pembangunan kerjaya sendiri selain untuk menggalakkan

pembangunan diri individu. Dalam lain perkataan

penilaian prestasi dianggap sebagai proses penilaian

sumbangan pekerja kepada organisasinya sepanjang

tempoh masa tertentu oleh penyelianya mengikut

piawaian-piawaian yang telah ditetapkan. Hal ini

menjadikan pengurusan prestasi sebagai rutin harian,

membolehkan pemantauan tahap prestasi serta objektif

setiap individu dan menilai keberkesanan pengurusan

sumber manusia.

Objektif utama pelaksanaan LPPT adalah seperti berikut:

Penilaian Prestasi Tahunan membolehkan

Rujuk SM19:

Panduan Pelaksanaan

Sistem

Penilaian

Prestasi

Sistem

Saraan

Malaysia

Universiti Pertahanan

Nasional Malaysia

Rujuk SM20:

Contoh Fail LPPT

Tahun 2007

Rujuk SM21:

Sistem

Online

Penilaian

Prestasi

Sistem

Saraan

Malaysia

-

Universiti Pertahanan

Nasional

Malaysia

(http://prestasi.upnm.e du.my/LmnUtama.asp?

vFrm=vmula)

Rujuk SM22:

Pekeliling

Perkhidmatan Bil. 4,

Tahun

1994

-

Pemberian

Hadiah

Pergerakan Gaji Bagi

Anggota Dalam Skim-

Skim

Perkhidmatan

yang Memperuntukkan

Kelayakan Masuk

Pelbagai di Bawah

Klasifikasi

Perkhidmatan

Pendidikan