

176
3.2.2 Pengurusan Prestasi
Seiring dengan matlamat serta objektif universiti amnya,
universiti telah menyediakan beberapa
platform
merangkumi pelbagai aspek dalam memastikan
pengurusan prestasi di jabatan melibatkan kesemua staf
sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa dan
berterusan.
3.2.2.1 Fail Meja
Penyediaan fail meja dan senarai tugas juga telah
ditetapkan kepada setiap staf di setiap Fakulti/ Pusat/
Jabatan dan Bahagian (Pekeliling Kemajuan Pentadbiran
Awam Bilangan 8 Tahun 1991: Manual Prosedur Kerja
dan Fail Meja) yang berfungsi sebagai salah satu alat
pengurusan dalam mempertingkatkan kualiti kerja
mahupun kecekapan staf. Dengan adanya fail meja, staf
dapat memahami tugas dan peranannya dalam sesebuah
setiap Fakulti/ Pusat/ Jabatan dan Bahagian dan
bagaimana ia boleh membantu meningkatkan produktiviti
di organisasi tersebut. Selain itu, objektif dan penetapan
Sasaran Kerja Tahunan (SKT) juga membolehkan staf
mengisi aktiviti/ projek utama yang hendak dilaksanakan
berserta petunjuk prestasinya mengikut tahun yang
dinilai. Kategori SKT yang dinilai termasuklah penghasilan
kerja, pengetahuan dan kemahiran, kualiti peribadi,
kepimpinan pentadbiran dan kegiatan dan sumbangan di
luar tugas rasmi.
Rujuk SM18 :
Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran
Awam
Bilangan 8 Tahun
1991:
Manual
Prosedur Kerja dan
Fail Meja