

173
memiliki kelayakan akademik yang cemerlang
dalam Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian
serta mendapat PNGK terakhir 3.0 dan ke atas
(lantikan Gred 41 ke atas);
Sebagai tambahan, bagi memastikan Universiti melantik
calon yang berkebolehan, kompeten dan berketrampilan,
beberapa ujian tambahan telah dilaksanakan (bagi
lantikan jawatan tertentu) Contoh nya Pegawai
Keselamatan Gred KP41
Ujian Kecergasan Fizikal
Ujian Pemanduan di Jalan Raya
Pengambilan staf bergantung kepada kekosongan
perjawatan yang telah diluluskan oleh Kementerian
Kewangan Malaysia melalui Surat Kelulusan Perjawatan
(SKP).
Bagi
jawatan
akademik
pemohon
hendaklah
mengemukakan borang permohonan jawatan yang boleh
dimuat turun melalui laman web rasmi Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Borang
permohonan yang lengkap hendaklah dihantar terus
melalui pos atau serahan di kaunter Unit Perjawatan dan
Pengambilan, Bahagian Sumber Manusia (UPP, BSM).
Saringan permohonan dilakukan di fakulti mengikut
bidang kepakaran masing-masing berdasarkan kepada
kepakaran di fakulti. Jabatan Pendaftar akan
mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih Akademik
untuk menemu duga calon-calon yang telah disenarai
pendek.