Background Image
Previous Page  212 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 212 / 298 Next Page
Page Background

175

3.2.1.2 Kenaikan Pangkat Staf

Jabatan Pendaftar melaksanakan urusan kenaikan

pangkat bagi semua jawatan berdasarkan kepada skim

dan Surat Kelulusan Perjawatan yang diluluskan

Perbendaharaan Malaysia. Urusan kenaikan pangkat bagi

jawatan akademik dilaksanakan sekurang-kurangnya dua

(2) kali setahun. Jawatan kenaikan ini boleh dipohon

sepanjang masa bagi staf yang memenuhi syarat dan

kriteria yang ditetapkan dalam Garis Panduan dan

Penilaian Pelantikan dan Kenaikan Pangkat Pensyarah/

Guru Bahasa UPNM.

Permohonan disaringkan terlebih dahulu oleh fakulti atau

pusat berkenaan dan mengemukakan calon yang yang

layak ke Jabatan Pendaftar, sebelum Jawatankuasa

Kenaikan pangkat bersidang. Jabatan Pendaftar dalam

hal ini memainkan peranan seperti berikut:

Mengemukakan Biodata Diri (

Curiculum Vitae)

kepada Penilai Luar untuk dinilai kelayakan

jawatan yang dipohon jika diperlukan.

Menyediakan ringkasan maklumat pemohon untuk

kegunaan Mesyuarat Jawatankuasa Kenaikan

Pangkat.

Bagi jawatan bukan akademik, proses kenaikan pangkat

berdasarkan kepada kekosongan jawatan. Jabatan

Pendaftar mengiklankan kekosongan jawatan terlebih

dahulu melalui portal/ UPNM yang boleh dicapai melalui

laman sesawang rasmi UPNM. Pemohon mengisi borang

yang disediakan dan mengemukakan kepada pihak urus

setia untuk diproses Permohonan yang layak dan

memenuhi syarat akan melalui proses temu duga

kenaikan pangkat.

Rujuk SM17:

Garis Panduan Dan

Penilaian Pelantikan

dan Kenaikan Pangkat

Pensyarah/

Guru

Bahasa