

180
prestasi mereka dapat dibuat dengan lebih
saksama;
Memberi peluang pegawai melihat organisasi
yang mereka ditempatkan dari perspektif yang
berbeza supaya pegawai dapat mencuba
pendekatan baru yang boleh mempertingkatkan
lagi keberkesanan organisasi berkenaan;
Memberi peluang pegawai mendapat tugasan
yang sesuai dengan minat, kebolehan, latihan
serta pengalaman bagi mencapai penghasilan
kerja yang maksimum.
Universiti menggunakan dasar pertukaran berikut sebagai
panduan dalam melaksanakan urusan pertukaran supaya
teratur dan seragam:
Menempatkan semula pegawai yang telah
berkhidmat sekurang-kurang tiga (3) tahun di
satu-satu Fakulti/ Pusat/ Jabatan/ Bahagian
dan
tidak melebihi lima (5) tahun di Fakulti/ Pusat/
Jabatan/ Bahagian tersebut;
Menempatkan semula pegawai atas arahan
Ketua Jabatan berdasarkan kesesuaian/
kompetensi/
kemahiran
pegawai
atas
kepentingan perkhidmatan di sesebuah Fakulti/
Pusat/ Jabatan/ Bahagian;
Penempatan semula pegawai atas permohonan
sendiri dan diluluskan oleh Ketua Jabatan demi
kepentingan perkhidmatan di Fakulti/ Pusat/
Jabatan/
Bahagian,
tertakluk
kepada
kekosongan jawatan atau kesesuaian pegawai;
Tidak menggunakan penempatan semula
sebagai hukuman kecuali penempatan semula
tersebut dapat membantu melicinkan proses
tindakan tatatertib yang sedang diambil