

181
terhadap pegawai berkenaan
;
Mengelakkan pegawai yang mempunyai
hubungan kekeluargaan di Fakulti/ Pusat/
Jabatan/ Bahagian (FPJB) yang sama.
Walau bagaimanapun, pertukaran semula boleh
dilaksanakan berdasarkan kepada keperluan
semasa.
3.2.3 Pembangunan Bakat
3.2.3.1 Pengenalan kepada Bahagian Pembangunan
Sumber Manusia (BPbSM)
Pembangunan bakat di UPNM yang diuruskan oleh
BPbSM, Jabatan Pendaftar adalah merupakan bahagian
yang bertanggungjawab dalam memastikan elemen yang
penting dalam meningkatkan kebolehan seseorang staf
dalam mempersiapkan diri dengan ilmu serta kemahiran
dalam tugas harian.
Melalui sistem ini, staf UPNM akan berupaya memberikan
impak yang baik kepada UPNM yang bertindak sebagai
majikan. Tugas yang dimainkan oleh organisasi ialah
memberikan serta menyediakan staf dengan pelbagai
latihan, nasihat, peralatan dan kaedah untuk
menghasilkan keluaran (output) yang berkualiti.
Oleh yang demikian, pihak UPNM juga mengharapkan
imbalan yang setimpal dengan pelaburan yang telah
diberikan iaitu mengharapkan hasil kerja yang berkualiti,
kesetiaan, iltizam yang tinggi dan pekerja yang boleh
diharap serta ikhlas dalam melaksanakan pekerjaan
dengan beramanah.
Rujuk SM27:
Pelan
Strategik
BPbSM
Rujuk SM28:
Pelan
Strategik
Jabatan
Pendaftar 2014-2015
Rujuk SM29:
Pekeliling
Perkhidmatan Awam
Bil. 6, Tahun 2005
(Dasar Latihan Sumber
Manusia Sektor Awam)