Background Image
Previous Page  216 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 216 / 298 Next Page
Page Background

179

3.2.2.4 Penempatan Semula

Penempatan semula staf dilihat sebagai satu mekanisma

positif dalam meningkatkan mutu perkhidmatan serta

prestasi staf, di samping memperkayakan pengetahuan

mahupun pengalaman staf di Universiti Pertahanan

Nasional Malaysia (UPNM) secara keseluruhannya. Staf

akan dapat memberi perkhidmatan yang cemerlang

sekiranya ditempatkan di jawatan yang bersesuaian

dengan kompetensinya. Urusan penempatan semula

yang tidak dilaksanakan dengan baik akan memberikan

kesan yang negatif bukan sahaja kepada organisasi tetapi

kepada staf yang terlibat. Pertukaran dalaman juga dapat

membantu memperkayakan dan memperluaskan tugas

(job enrichment and job enlargement) kepada pegawai

dan boleh menyumbang ke arah peningkatan produktiviti

seseorang pegawai dan jabatan pegawai berkhidmat

secara tidak langsung.

Objektif utama pelaksanaan penempatan semula pegawai

di UPNM adalah seperti berikut iaitu:

Bagi mempertingkatkan produktiviti seseorang

pegawai;

Bagi menambah pengalaman, pendedahan dan

proses pembelajaran untuk kemajuan kerjaya

pegawai;

Membendung rasa bosan bertugas di satu

tempat dalam tempoh masa yang panjang;

Memperluaskan lagi

networking

pegawai;

Mencegah

kemungkinan

berlakunya

penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan

rasuah;

Bagi memberi peluang pegawai diselia oleh

penyelia yang berbeza supaya penilaian

Rujuk SM25:

Garis

Panduan

Penempatan Semula

Pegawai di UPNM

Rujuk SM26:

Pekeliling

Perkhidmatan Bil. 3,

Tahun 2004