

182
Pada dasarnya, kejayaan sesebuah organisasi adalah
bergantung kepada pekerja yang berbakat dan suka
dengan tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya.
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM)
Jabatan Pendaftar UPNM sentiasa mengambil inisiatif
dan bertanggungjawab menguruskan keperluan dalam
mewujudkan latihan yang menjurus kepada kompetensi
khusus dengan kerjasama Fakulti/ Pusat/ Jabatan/
Bahagian (FPJB) berdasarkan kepada kepakaran dan
pengetahuan dalam bidang tertentu seperti Pusat
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK), peneraju
dalam bidang ICT di universiti.
Pembangunan bakat merupakan penentu utama kejayaan
sesebuah organisasi dan bertindak sebagai strategi atau
sistem yang direka bentuk untuk meningkatkan
produktiviti kerja. Perkara ini dilaksanakan adalah
berfungsi sebagai penambahbaikan dan memanfaatkan
pekerja dengan kebolehan sedia ada dan diaplikasikan
pengurusan bakat dalam FPJB dengan ilmu dan
kemahiran yang telah dibekalkan semasa kursus/ latihan
dilaksanakan.
Skop latihan yang dijalankan adalah bagi memenuhi
keperluan/ kemahiran umum yang diperlukan oleh staf
untuk melaksanakan tugas mereka di samping kursus
yang membawa kepada kemajuan kerjaya dan
meningkatkan kompetensi staf. Dalam usaha ke arah
kompetensi yang berkesan, universiti telah mewujudkan
modul latihan/ kursus bagi pembangunan staf
berpandukan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6,
Tahun 2005 iaitu Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor
Awam.
Rujuk SM30:
Garis
Panduan
Menghadiri Program
Latihan
Untuk
Kegunaan UPNM
Rujuk SM31:
Garis
Panduan
Tatacara Penganjuran
Program
Latihan
UPNM