

172
3.2 MENARIK MINAT DAN MENGEKALKAN BAKAT
3.2.1 Pengambilan, Pemilihan dan Prosedur Kenaikan Pangkat
Universiti secara keseluruhannya mengguna pakai
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,
Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012
serta syarat skim dan peraturan perkhidmatan yang telah
ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
menerusi Pekeliling dan Surat Pekeliling yang masih
berkuat kuasa.
3.2.1.1 Proses Pelantikan dan Pengambilan
Pelantikan bermaksud proses kerja untuk melantik
seseorang ke dalam perkhidmatan awam oleh
Jawatankuasa Pemilih Universiti seperti yang disebutkan
dalam Seksyen 26 Perlembagaan Universiti secara tetap,
sementara atau kontrak, termasuklah pelantikan kali
pertama dan pelantikan seseorang pegawai yang sedang
berkhidmat dalam mana-mana skim perkhidmatan.
Secara amnya, calon yang hendak dilantik haruslah
memenuhi syarat umum pelantikan iaitu:
Memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam
skim perkhidmatan bagi jawatan yang
ditawarkan.
Had umur minimum bagi warganegara: 18 tahun
had umur minimum bukan warganegara: 27
tahun.
Selain itu, Universiti turut mewujudkan lain-lain kriteria
yang releven mengikut keperluan dan kesesuaian dengan
jawatan yang ditawarkan antaranya:
Keutamaan akan diberikan kepada calon yang
Rujuk SM8 :
Peraturan- Peraturan
Pegawai
Awam
(Pelantikan, Kenaikan
Pangkat
dan
Penamatan
Perkhidmatan) 2012
Rujuk SM9 :
Pekeliling,
Surat
Pekeliling,
Surat
Edaran
JPA
(www.jpa.gov.my)
Rujuk
SM10
:
Borang
Ujian
Saringan
Pegawai
Keselamatan
Gred
KP41 dan Borang
Ujian Memandu Bagi
Saringan Pemandu
Gred H11