

171
perjawatan serta prestasi kewangan Universiti. Selain itu,
segala pemakluman berhubung Bahagian Sumber
Manusia yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dan
menyampaikan informasi terkini seperti pengiklanan
kekosongan
jawatan/
kenaikan
pangkat
turut
disampaikan melalui e-Mel dan portal UPNM.
Jabatan Pendaftar telah mengguna Sistem Maklumat
Personel (SMP) untuk merekodkan, menganalisis dan
mencapai maklumat staf dengan pantas. Sistem
Maklumat Personel (SMP) ini dapat melicinkan segala
urusan pentadbiran berhubung dengan keperluan sumber
manusia. Staf yang baharu melaporkan diri diberi nombor
staf dan diaktifkan sebagai staf UPNM. Segala rekod dan
butiran peribadi akan dikemas kini dari semasa ke
semasa.
Rujuk SM5 :
Modul
SMP
3.1.2 Polisi Perhubungan Sumber Manusia
Semua Pekeliling, Surat Pekeliling, Polisi dan Prosedur
yang akan dilaksanakan dan berkuat kuasa dikaji terlebih
dahulu kesesuaian pemakaiannya. Semua peraturan
tersebut diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif
Naib Canselor (EXCO) dan Mesyuarat Jawatankuasa
Lembaga
Pengarah
Universiti
(LPU)
untuk
dipertimbangkan dan diluluskan. Semua peraturan yang
telah diluluskan dimuat naik melalui laman sesawang
Universiti.
Jabatan Pendaftar juga mengadakan mesyuarat bersama
dengan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta
Kumpulan Pelaksana untuk menyampaikan hal-hal
berkaitan dengan pentadbiran dan perkhidmatan bagi
mengelakkan kekeliruan maklumat.
Rujuk SM6 :
http://pendaftar.
upnm.edu.my/index.php/muat-turun
Rujuk SM7 :
Fail
Mesyuarat
Perjumpaan
Pendaftar Bersama
Penolong Pendaftar/
Staf
Sokongan:
UPNM(P)01.04/18