

166
UPNM mempunyai aset dan fasiliti yang telah atau sedang dalam
proses untuk dibangunkan dan berpotensi untuk dikomersilkan
kepada pelbagai agensi dari dalam dan luar negara seperti Kem
Kongkoi, Simulator, Pusat Marin, Fasiliti di Pusat Sukan dan
premis-premis perniagaan. Penggunaan aset dan fasiliti ini boleh
meningkatkan penjanaan pendapatan kepada UPNM melalui
UPNMBC.
Dokumen Rujukan:
i. KEW 9B
Bil 3/2015
ii. KEW 9L
iii. KEW 11A
iv. KEW 23A
v. KEW 23B
vi. KEW 23C
UPNMBC dengan kerjasama UPNM melalui Institut Pengajian
Strategik (NIEEd) telah atau sedang dalam proses
membangunkan beberapa program akademik dengan
penglibatan daripada agensi luar seperti Maktab Turus Angkatan
Tentera (MTAT) dan universiti daripada luar negara iaitu
Universiti Warwick.
UPNM telah melaksanakan
Program Master of Science in
Engineering Business Management for Defence and Security
(MEBM) melalui kerjasama dengan Universiti Warwick mulai
tahun 2012 dan akan dijalankan sepenuhnya oleh UPNM mulai
tahun 2016. UPNM dengan kerjasama MTAT telah
melaksanakan Program Diploma Eksekutif Pengajian Strategik
dan Pertahanan (DEPSP) mulai tahun 2012. UPNM juga akan
melaksanakan program MBA
Cyber Security
dan program MBA
Supply Chain
mulai tahun 2016.
Selain itu, UPNMBC telah menubuhkan tiga (3) buah anak
syarikat bagi meluaskan lagi aktiviti perniagaan yang bukan
hanya tertumpu kepada bidang pendidikan dan latihan,
penyelidikan dan pengkomersialan, perundingan dan
pengurusan aset tetapi juga dalam bidang teknologi hijau dan
trading
.