

164
Mesyuarat tersebut juga bersetuju pembahagian kutipan sewaan
fasiliti kepada UPNM sebanyak 20%. UPNMBC telah
menyerahkan bayaran 20% kepada UPNM sebanyak
RM14,656.45 bagi bayaran sewaan fasiliti mulai bulan Julai 2014
hingga Mac 2015.
Selain itu, UPNMBC turut membiayai perbelanjaan aktiviti-aktiviti
universiti seperti Projek
Oral History
oleh Fakulti Pengajian dan
Pengurusan Pertahanan sebanyak RM6,392.00, Program
Defence, Security And Sustainability Colloqium and Exhibition
(DSS) 2015 oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
sebanyak RM1,000 dan bayaran untuk mendapatkan
International Safety Standard of OHSAS
18001:2007 (H&SAW
Compliance) di Kem Kongkoi sebanyak RM54,963.00 (GBP
10,000.00)
Mesyuarat LPU bil. 2/2015 telah meluluskan Kertas Kerja
Pengurusan Fasiliti UPNM Kepada UPNMBC dan Aktiviti Syarikat
yang mencadangkan peratusan pembahagian keuntungan
kepada universiti sebanyak 25% dan Yayasan / Tabung
sebanyak 25% daripada keuntungan syarikat. Manakala 50% lagi
untuk pusingan modal syarikat. Pembahagian keuntungan ini
akan mula dilaksanakan mulai tahun 2016.
UPNM mempunyai ramai penyelidik yang telah menghasilkan
produk-produk hasil penyelidikan yang berpotensi untuk
dikomersialkan. Produk-produk ini dilindungi di bawah
perlindungan harta intelek. Setakat ini telah dikenal pasti
sebanyak 10 produk penyelidikan yang telah atau sedang
dipatenkan dan dua (2) produk dalam proses untuk
dikomersialkan iaitu
Bridge
dan
Blast Resistance Concrete Panel
.
Dasar Harta Intelek dan Pengkomersilan telah diluluskan melalui
Mesyuarat EXCO Bil. 1/2015. Pengkomersialan produk hasil
penyelidikan akan dilaksanakan melalui UPNMBC.
Dokumen Rujukan:
i. KEW 7A
ii. KEW 9A
Bil 2/2014
iii. KEW 9B
Bil 1/2015
Bil 3/2015