

165
UPNM telah membangunkan Kem Kongkoi untuk dijadikan
sebuah pusat latihan kepimpinan dan UPNM
Tropicalisation
Testing Centre (
UPNM-TTC). UPNM-TTC adalah sebagai sebuah
pusat yang akan menjalankan penyelidikan ke atas peralatan
pertahanan dan keselamatan dalam iklim tropika. UPNM telah
bekerjasama dengan Kerajaan United Kingdom melalui Menteri
Defence Equipment, Support and Technology,
Kementerian
Pertahanan United Kingdom serta syarikat-syarikat pertahanan
dan keselamatan daripada United Kingdom. Perwujudan UPNM-
TTC dijangka akan menarik banyak pelabur daripada kalangan
syarikat-syarikat pertahanan dan keselamatan sama ada dari
dalam dan luar negara untuk menjalankan penyelidikan di Kem
Kongkoi.
Selain itu, pewujudan Kem Kongkoi sebagai pusat latihan
kepimpinan juga dijangka akan menarik ramai peserta daripada
pelbagai agensi dalam dan luar negara yang berminat untuk
mengadakan pelbagai aktiviti seperti
team building
, kayak,
abceiling
dan aktiviti lasak yang lain berupa latihan ketenteraan
memandangkan jurulatih yang dilantik terdiri daripada pegawai
tentera.
UPNM juga mempunyai banyak fasiliti yang boleh disewakan
kepada pihak luar untuk penjanaan pendapatan seperti premis
perniagaan, fasiliti pusat sukan, fasiliti di pusat marin, dewan,
makmal dan sebagainya. Pengurusan semua fasiliti di UPNM
termasuk Kem Kongkoi telah diserahkan kepada UPNMBC mulai
Julai 2014 melalui Mesyuarat LPU Bil. 2/2014 dan Mesyuarat
Exco Bil. 3/2015.