

160
Bagi memastikan pelaksanaan pengambilan sama rata pelajar,
permohonan kemasukan ke UPNM bagi lepasan STPM/ Setaraf
melalui aplikasi dalam talian UPU
online
. Capaian maklumat dan
borang permohonan adalah melalui laman web rasmi kemasukan
ke UA di
http://upu.moe.gov.my.Mesyuarat Pemilihan Bersama
Pelajar juga diadakan secara berpusat di bawah seliaan
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Dokumen Rujukan:
i. KEW 3M
ii. KEW 31
Kemudahan kewangan yang ditawarkan kepada pelajar UPNM
adalah berdasarkan dua (2) sumber iaitu seperti berikut:
Penajaan dari Kementerian Pertahanan Malaysia bagi
Pegawai Kadet.
Biasiswa dan Pinjaman seperti Kementerian, Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat
(MARA), Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara
(PTPTN) atau Kerajaan Negeri dan lain-lain penaja. UPNM
membantu pelajar untuk mendapatkan pembiayaan ini
dengan membuat penyelarasan dengan pihak terlibat
untuk memudahkan serta penyeragaman maklumat.
Bagi pelajar yang berlatar belakang kurang berkemampuan pula
akan diberi bantuan ihsan melalui bantuan Zakat. Pelajar boleh
membuat permohonan ke Pusat Islam bagi bantuan zakat dan
proses kelulusan tersebut berdasarkan kepada garis panduan
yang telah ditetapkan.