

163
UPNMBC juga akan menerima peruntukan
offset
sebanyak
RM27 juta pada tahun 2017 bagi melaksanakan tiga (3) program
iaitu RM7 juta bagi program
MSc. Electronic Warfare,
RM10 juta
bagi Program
MSc. Maritime Technology
dan baki sebanyak
RM10 juta bagi Program
MSc. Cybersecurity (Technical).
Berdasarkan kepada tren sedia ada, UPNMBC akan menerima
peruntukan
offset
sebanyak RM5 juta pada tahun 2018, RM5 juta
bagi tahun 2019 dan RM8 juta pada tahun 2020.
Amalan Terbaik:
Permohonan geran penyelidikan yang dibiayai oleh pemberi dana
luar seperti KPT, MOSTI dan sebagainya adalah tertakluk kepada
garis panduan yang telah ditetapkan. Setiap permohonan juga
hendaklah melalui tapisan/saringan panel penilai yan dilantik di
peringkat FPJB. Setiap permohonan hendaklah melalui penilaian
di peringkat FPJB. Setelah diakui oleh penilai barulah
permohonan tersebut diangkat ke peringkat PPPI untuk dinilai
oleh jawatankuasa penilai peringkat Universiti. Hanya
permohonan yang diperaku oleh penilai akan dihantar ke
Kementerian atau MOSTI.
Bagi memantau perjalanan pengurusan penyelidikan dan
persidangan, UPNM mempunyai Jawantakuasa Penyelikan dan
Inovasi Universiti (JPIU).
2.3.3
Kepelbagaian Pendapatan
UPNMBC telah dilantik untuk menguruskan penyewaan semua
fasiliti di UPNM termasuk sewaan di Kem Kongkoi mulai bulan
Julai 2014. Keputusan mengenai perkara tersebut telah dibuat
melalui Mesyuarat LPU Bilangan 2/2014.