Background Image
Previous Page  205 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 205 / 298 Next Page
Page Background

168

3.0 AUTONOMI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Melalui misi Jabatan Pendaftar iaitu menjadi entiti yang cemerlang dan berkualiti

dengan memberikan perkhidmatan sumber manusia, keselamatan dan pengurusan

akademik telah mewujudkan beberapa objektif bagi mencapai hasrat misi tersebut.

Objektif tersebut adalah seperti berikut:

Mengurus pelantikan, pengambilan saraan, kemajuan kerjaya dan disiplin

pegawai berpandukan Perintah Am, Pekeliling, Surat Pekeliling serta arahan

Kerajaan.

Merancang pengunjuran pelajar selaras dengan perancangan akademik dan

dasar Universiti.

Melaksanakan program pengurusan kualiti dan produktiviti yang berterusan

bagi mewujudkan budaya kerja berkualiti dalam kalangan pegawai selaras

dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam.

Memastikan urusan pentadbiran dan operasi Universiti dilaksanakan

mengikut prosedur dan tadbir urus yang baik.

Memastikan dasar dan prosedur keselamatan dan perlindungan Universiti

secara terancang, sistematik, cekap dan berkesan.

Selari dengan misi, visi dan objektif Jabatan Pendaftar ini, jelaslah bahawa selain

melahirkan para graduan dan Pegawai Kadet yang cemerlang, Universiti melalui

Jabatan Pendaftar mengharapkan agar dapat melahirkan staf yang disifatkan dalam

al-Qur‟an sebagai „

Khairu Ummah

‟ yang bersifat „

Murrabi

‟ dengan mencerminkan

staf yang beretika dan berwibawa sejajar dengan moto Universiti iaitu „Kewajipan,

Maruah, Integriti‟.