Background Image
Previous Page  233 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 233 / 298 Next Page
Page Background

196

3.2.5. Hubungan Pekerja

Pihak Universiti sentiasa menitikberatkan dan

memandang serius kebajikan serta hubungan antara

pihak Pengurusan Universiti dan staf.Keprihatinan

pihak Pengurusan Universiti dapat dilihat melalui

inisiatif dalam menambah baik hubungan dan

komunikasi antara pengurusan dan staf adalah

dengan mewujudkan Mesyuarat Majlis Bersama

Jabatan (MBJ) yang ahlinya terdiri daripada wakil

kumpulan staf Akademik iaitu National Defence

University of Malaysia Academician Association

(NADIMASA), wakil kumpulan Pengurusan dan

Profesional (P&P) iaitu Gabungan Pegawai Tadbir

dan Ikhtisas (GPTI) dan wakil kumpulan Pelaksana

iaitu Kesatuan Kakitangan Sokongan (KESUPNA).

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan ini dijadualkan

bersidang sebanyak empat (4) kali setahun dan

membincangkan

isu

berkaitan

kepentingan

perkhidmatan, kebajikan, faedah dan kemudahan.

Pendekatan MBJ dilihat sebagai satu wadah atau

platform bagi wakil staf pelbagai peringkat melalui

persatuan mahupun kesatuan untuk memberikan

cadangan dan pandangan melibatkan peningkatan

mutu perkhidmatan dan kebajikan staf secara

keseluruhannya selain daripada membuktikan sifat

keterbukaan Universiti dalam mendengar dan

melaksanakan cadangan atau penambahbaikan

yang sewajarnya.

Rujuk SM62:

Fail Mesyuarat MBJ:

UPNM(P)01.04/08 Jilid

4