

200
4.0 AUTONOMI TABDIR URUS AKADEMIK
Selaras dengan falsafah UPNM untuk menjadi sebuah institusi nasional primier
bertunjangkan Pertahanan dan Keselamatan, UPNM amat berdedikasi dalam
menghasilkan modal insan minda kelas pertama serta mempunyai ciri-ciri pemimpin
berintelektual masa hadapan yang menyerlah, bersifat terpuji dan komited untuk
berbakti sepenuhnya kepada bangsa, agama dan negara. Justeru, bagi menjayakan
kelangsungan kepentingan strategik negara maka sokongan padu dan kerjasama
daripada seluruh warga UPNM amat diperlukan bagi merealisasikan falsafah
tersebut.
Pemantapan struktur tadbir urus UPNM adalah asas penting kepada pemerkasaan
UPNM dan sejajar dengan Teras Ke-4 dalam PSPTN. Pemantapan tadbir urus ini
adalah penting bagi UPNM untuk memperkasakan pengurusan UPNM agar lebih
berkesan dan berintegriti supaya dapat memberi suasana pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif. UPNM juga komited bergerak ke arah sistem tadbir
urus berautonomi yang merangkumi tadbir urus, kewangan dan penjanaan
kekayaan, sumber manusia dan pengurusan akademik. Selain itu, pengenalan
kedua-dua kod iaitu; “
Code of University Good Governance
” (CUGG) dan “
University
Good Governance Index
” (UGGI) dilihat dapat membantu bagi mengukur sejauh
mana kesediaan UPNM. Pekara ini juga adalah selaras dengan dasar-dasar
pelaksanaan autonomi yang dipetik daripada keputusan Jemaah Menteri iaitu
merujuk kepada Memorandum Jemaah Menteri (MJM) Pelaksanaan Autonomi
bertarikh 2 September 2010.
4.1 STRUKTUR SENAT DAN KEANGGOTAAN
Senat UPNM adalah merupakan badan akademik tertinggi Universiti yang tertakluk
kepada Perlembagaan, statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan. Senat juga
bertanggungjawab dan berhak untuk mengawal dan memberikan arahan secara am
mengenai pengajaran dan pembelajaran penyelidikan dan peperiksaan, dan
pengurniaan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik yang lain. Di samping itu,
Senat juga bertanggungjawab untuk melaksanakan fungsi dan kuasa seperti di
dalam Seksyen 22 (6) Perlembagaan UPNM. Senat juga dalam melaksanakan