

203
kurikulum atau kursus pengajian yang dijalankan
atau hendak dijalankan di dalam, oleh atau dari
Universiti;
untuk menentukan kelayakan yang dikehendaki bagi
diterima masuk ke dalam mana-mana kursus
pengajian yang diadakan di dalam, oleh atau dari
Universiti;
untuk mengawal selia penjalanan penilaian dan
peperiksaan, mengesahkan keputusan peperiksaan
dan menentukan rayuan;
untuk menggubal dasar bagi melindungi kebebasan
akademik dan kecemerlangan profesional; dan
untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat
atau perlu bagi atau bersampingan dengan
pelaksanaan fungsinya di bawah Perlembagaan ini.
7. Dalam
melaksanakan
kewajipan,
fungsi
dan
tanggungjawabnya, Senat boleh mewakilkan mana-mana
daripada kewajipan, fungsi dan tanggungjawabnya
kepada ahlinya atau sesuatu jawatankuasa yang terdiri
daripada ahlinya.
8. Senat hendaklah mempertimbangkan apa-apa perkara
yang dihantar kepadanya oleh Lembaga di bawah
subseksyen 20(3).
9. Apa-apa pertikaian antara Senat dengan Lembaga
mengenai ruang lingkup dan takat fungsi atau kuasa
mereka boleh dirujukkan oleh salah satu pihak kepada
Menteri mengikut Seksyen 33.