

204
Seksyen 22 (2) Perlembagaan UPNM juga membenarkan
mesyuarat Senat untuk mengundang mana-mana orang
termasuk seseorang pelajar untuk menghadiri mesyuarat Senat.
Senat telah bersetuju untuk mengundang dan melantik empat
(4) orang pegawai untuk menghadiri mesyuarat Senat secara
tetap. Ahli tetap yang dilantik adalah Pengarah Pusat
Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Pengarah Jabatan
Pembangunan dan Penyelenggaraan, Pengarah Pusat Jaminan
Kualiti dan Pengurusan Data; dan Pengarah PTMK.
Selaras dengan Seksyen 22 (4) Perlembagaan UPNM,
Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan dan Penasihat Undang-
Undang adalah dilantik sebagai ahli
Ex-Officio
tetapi pegawai-
pegawai tersebut tidak berhak untuk mengundi dalam
mesyuarat Senat.
Kriteria Pemilihan dan Prosedur Direka Bentuk Untuk Menyokong Fungsi
Senat
Keahlian Dekan Fakulti dan Pengarah Pusat akademik dalam
Senat adalah secara automatik iaitu selaras dengan pelantikan
jawatan sebagai Dekan dan tempoh keahlian adalah di
sepanjang tempoh memegang jawatan tersebut.
Bagi pemilihan keanggotan Profesor dalam Senat, calon-calon
adalah terdiri daripada Profesor yang bertugas sepenuh masa
dan dipilih oleh semua Profesor dan Profesor Madya yang
bertugas sepenuh masa di UPNM.
Proses pemilihan dibuat melalui proses e-Undi dan ianya
dijalankan selama dua (2) hari iaitu pengundi boleh mengundi
wakil Profesor yang layak. Nama Profesor yang mempunyai
undian teratas telah dilantik untuk menganggotai keahlian Senat.
Proses undian secara e-Undi ini telah dilaksana sebanyak dua
(2) kali iaitu pada tahun 2012 dan 2014. Pada ketika ini
perwakilan Profesor adalah seramai enam (6) orang bagi tempoh
Rujuk A4:
Seksyen
22
(1)
(d)
Perlembagaan UPNM
Rujuk A5:
Contoh
Surat Pemakluman
Proses
Pemilihan
Wakil
Profesor
Sebagai Ahli Senat.
Rujuk:
UPNM(TNC)(A)05.08
/01 Jld. 4 (93)
Bertarikh 20 Januari
2014