210
Ahli Jawatankuasa ini Terdiri Daripada Mereka yang Boleh
Membuat Keputusan yang Bertepatan
Setiap ahli jawatankuasa di bawah Senat yang dilantik
mempunyai keupayaan untuk membuat keputusan yang tepat.
Ahli dipilih berdasarkan kepada kepakaran dan kemahiran
masing-masing dalam bidang akademik, penyelidikan dan
pentadbiran. Sebagai contoh Mesyuarat Jawatankuasa
Pembangunan
dan
Pengurusan
Akademik
(JPPA)
dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik &
Antarabangsa) dan keahliannya terdiri daripada Dekan-Dekan
Fakulti, Pengarah-Pengarah Pusat Pengajian dan Ketua Jabatan
Fakulti.
Keahlian jawatankuasa dipilih
Keahlian dalam jawatankuasa di bawah Senat terdiri daripada
Dekan Fakulti dan wakil dari Fakulti, Pusat, Jabatan dan
Bahagian (FPJB) yang dilantik mengikut fungsi Jawatankuasa
tersebut. Selain itu, setiap jawatankuasa tersebut perlu
dianggotai oleh sekurang-kurangnya dua ahli Senat sebagai wakil
Senat bagi membolehkan setiap jawatankuasa mendapat idea
dan membuat keputusan yang terbaik untuk UPNM.
4.1.3 Melaksanakan Mesyuarat yang Efektif
Mesyuarat Senat Universiti dilaksanakan secara terancang dan
berkala selari dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Bilangan
2 Tahun 1991. Perancangan pelaksanaan mesyuarat Senat
dimasukkan ke dalam Takwim sekurang-kurangnya minimum
enam (6) kali setahun.
Rujuk A21:
Senarai
Ahli
dan
Surat
Lantikan
Ahli
Jawatankuasa
di
Bawah Senat
Rujuk A22:
Terma
Rujukan
Jawatankuasa
di
Bawah Senat
Rujuk A23:
Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam
Bilangan 2 Tahun
1991.




