Background Image
Previous Page  251 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 251 / 298 Next Page
Page Background

214

4.1.4 Memartabatkan Etika dan Integriti

UPNM sebagai sebuah universiti awam (UA) amat berpegang

teguh kepada pengurusan etika dan integriti seiring dengan moto

UPNM iaitu „Kewajipan, Maruah, Integriti‟ dalam melaksanakan

segala tanggungjawab, peranan serta fungsi ahli Senat.

Penekanan ini telah dinyatakan dengan jelas seawalnya dalam

aku janji staf yang juga secara signifikannya tertakluk kepada

Akta Badan-Badan Berkanun (Akta 605). Justeru, dengan

adanya akujanji, Akta 605 serta pendedahan kefahaman

mengenai etika dan integriti maka secara tidak langsung ahli

Senat dan setiap jawatankuasa yang berkenaan dapat

melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih telus.

Warga UPNM juga didedahkan dengan Kursus Etika dan Integriti

yang dilaksanakan oleh Bahagian Latihan, Jabatan Pendaftar

yang mana ia telah dijadikan sebagai salah satu kursus wajib

hadir bagi kumpulan pegawai gred 41 dan ke atas pada tahun

2015. Ini secara tidak langsung menunjukkan betapa seriusnya

pihak pengurusan UPNM terhadap isu menangani masalah etika

dan integriti ini dan memberi pendedahan secara berkala

terhadap warga UPNM.

Di UPNM juga amat mementingkan keselamatan dan kerahsiaan

maklumat akademik dengan menyatakannya dalam Piagam

Pelanggan UPNM. Ini jelas menunjukkan komitmen tinggi pihak

UPNM dalam memastikan kerahsiaan sesuatu maklumat itu

berada dalam kondisi yang selamat. Pihak pengurusan UPNM

juga telah menubuhkan satu unit yang dipanggil Unit Integriti di

Jabatan Pendaftar di dalam memastikan pelaksanaan etika dan

integriti ini benar-benar terlaksana agar memastikan sistem tadbir

urus universiti berada dalam tahap yang terbaik.

Rujuk A34:

Contoh

Akujanji Staf

Rujuk A35:

Kalendar

Latihan

dan

Kandungan

Kursus Etika dan

Integriti,

Sijil dan Kehadiran

Staf

Rujuk A36:

i) Piagam Pelanggan

UPNM

ii) Cabutan Minit

Senat Khas 29 Julai

2013 Min. 5.2.3

Berhubung

Etika

Kerahsiaan

Rujuk A37:

i.)Kertas

Kerja

Penubuhan

Unit

Integriti

ii.)Cabutan

Minit

Mesyuarat

Jawatankuasa

Eksekutif

Naib