

220
5. Ahli Turut Hadir
Senat boleh mengundang mana-mana orang termasuk pelajar
untuk menghadiri mesyuarat Senat mengikut keperluan.
6. Setiausaha
:
Pendaftar
7. Urus setia
Penolong Pendaftar Kanan/ Penolong Pendaftar, Bahagian
Pengurusan Akademik dan Penolong Pendaftar Unit
Pentadbiran dan Senat, Bahagian Pengurusan Akademik.
8. Autoriti/ Punca Kuasa
:
Perlembagaan UPNM
BIDANG KUASA/ TERMA RUJUKAN:
1. Menimbangkan cadangan mengadakan statut baharu atau
meminda statut atau membatalkan statut yang berkaitan
dengan hal ehwal akademik, menurut Seksyen 35
Perlembagaan.
2. Menimbangkan cadangan mengadakan kaedah-kaedah
baharu atau meminda kaedah-kaedah atau membatalkan
kaedah-kaedah yang berkaitan dengan akademik menurut
kuasa di bawah Seksyen 37 Perlembagaan.
3. Membuat peraturan untuk menetapkan kursus-kursus
pengajian dan sukatan pelajaran bagi peperiksaan.
4. Memilih pemeriksa dalam dan luar Universiti.
5. Mengeluarkan arahan kepada pemeriksa dan jawatankuasa
pemeriksa.
6. Meluluskan
keputusan
peperiksaan
Universiti
dan
Pengurniaan Ijazah, Diploma, Sijil dan Kepujian Akademik
yang lain mengikut statut, kaedah-kaedah dan peraturan-
peraturan.