

215
Dalam pengendalian Mesyuarat Senat juga amalan etika dan
integriti ini juga dapat dilihat terutamanya di dalam proses
membuat sesuatu keputusan yang melibatkan konflik
kepentingan dengan seseorang ahli Senat, Pengerusi meminta
ahli Senat tersebut meninggalkan mesyuarat untuk sementara
waktu sehinggalah sesuatu keputusan diambil dan diperolehi.
Proses pemantauan juga turut dibuat di peringkat Mesyuarat
Pengurusan Tertinggi UPNM iaitu Mesyuarat EXCO yang
diadakan secara berkala dalam melihat tadbir urus universiti
terutamanya dari sudut dasar, perundangan, sistem dan
prosedur kerja dan lain-lain lagi.
Dalam aspek penyelidikan, Senat telah meluluskan penubuhan
Jawatankuasa Etika Penyelidikan UPNM (JKEP). Jawatankuasa
ini berperanan dan diberi kuasa dalam:
Meluluskan, menolak atau mengubah suai penyelidikan
berdasarkan pertimbangan yang berkaitan dengan
perlindungan subjek manusia dan haiwan.
Memastikan penyelidikan dijalankan berdasarkan skop
penyelidikan yang telah diluluskan.
Memantau laporan semasa bagi penyelidikan yang telah
diluluskan.
Menggantung atau menamatkan kelulusan yang telah
diberikan kepada penyelidik jika melanggari syarat-syarat
kelulusan JKEP.
Canselor
(EXCO)
Bil. 1/2014 bertarikh
15 Januari 2014
Berhubung
Penubuhan
Unit
Integriti
Rujuk A38
: Contoh
Minit
Mesyuarat
Jawatankuasa
Eksekutif
Naib
Canselor (EXCO) Bil
2/2015 dan Terma
Rujukan
Jawatankuasa
(TOR) EXCO
Rujuk A39:
Kertas
Kerja
Penubuhan
JKEP