Background Image
Previous Page  256 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 256 / 298 Next Page
Page Background

219

Dalam gerak kerja penawaran sesuatu program baharu, atau apa

jua aktiviti yang melibatkan akademik, akan merupakan agenda

utama dan penting bagi Senat. Segala perbincangan untuk

memajukan universiti seperti dalam meningkatkan prestasi

akademik pelajar, kebolehpasaran graduan, dan maklum balas

daripada pemegang taruh termasuk pihak industri, sentiasa

dilaporkan, dibincangkan, dan diambil tindakan oleh pihak Senat.

Program-program baharu yang disokong dan diluluskan Senat

adalah mengikut keperluan semasa negara, dan selari dengan

hala tuju strategik universiti.

KEAHLIAN SENAT UPNM

1. Pengerusi

• Naib Canselor

2. Ahli-Ahli

• Semua Timbalan Naib Canselor

(menurut AUKU sek. 22);

• Semua Dekan

• Pengarah, Pusat Asasi Pertahanan

• Pengarah, Pusat Bahasa

• Pengarah (Institut Pengajian Eksekutif UPNM); dan

• Wakil Profesor yang tidak lebih daripada dua puluh orang

profesor sepenuh masa yang dipilih bagi tempoh (3) tiga

tahun oleh semua profesor dan Profesor Madya sepenuh

masa Universiti.

3. Ex-Officio

• Pendaftar;

• Bendahari;

• Ketua Pustakawan; dan

• Pegawai Undang-Undang

4. Ahli Ko-Opt

Tidak lebih daripada lima orang daripada Universiti yang

hendaklah diko-opt oleh Naib Canselor selama tiga (3) tahun.

Akademik Baharu.

Rujuk A50:

Buku

Pelan Strategik

UPNM 2012-2015