

216
Selain itu contoh pelaksanaan etika dan intergriti yang sentiasa
menjadi pegangan warga UPNM adalah dalam mengendalikan
isu plagiarism di kalangan pelajar bagi konteks akademik. Pusat
Pengajian Siswazah (PPS) melalui UPNM
Graduate Studies
Rules and Regulation
dengan jelas menyatakan bahawa pihak
Universiti adalah sangat tegas dalam mengendalikan isu
plagiarism dan Pemeriksa untuk Peperiksaan Lisan (Viva) adalah
diberikan kuasa untuk menghukum calon yang didapati bersalah
dalam plagiarisme / penipuan akademik. Calon akan dianggap
telah gagal Peperiksaan Lisan (Viva) jika tesis didapati telah
diciplak dan Ijazah tidak akan diberikan kepada calon tersebut.
Selain itu, dalam usaha untuk mengelakkan isu plagiarisme di
kalangan pelajar siswazah UPNM, pihak PPS juga telah
mewajibkan pelajar untuk menyemak tesis menggunakan
perisian Turnitin sebelum dibenarkan menduduki Peperiksaan
Lisan (Viva Voce).
Perpustakaan UPNM juga memainkan peranan penting dalam
memastikan etika dan integriti pelajar UPNM terpelihara dalam
menghasilkan jurnal-jurnal bermutu dengan melanggan perisian
Turnitin
semenjak tahun 2010. Ia banyak membantu para pelajar
dan akademik dalam menyemak peratusan similariti dalam
sesebuah penerbitan dan tugasan pelajar dalam mengatasi
permasalahan plagiat.
Naib Canselor sebagai Pengerusi Senat juga seringkali dalam
ucapan aluan sering menitikberatkan mengenai peranan ahli
Senat terhadap isu etika dan integriti dalam menguruskan dan
mengendalikan mesyuarat serta memastikan kerahsiaan
maklumat akademik terutamanya keputusan peperiksaan yang
dilaporkan dalam Mesyuarat Senat.
Rujuk A40:
UPNM
Graduate
Studies
Rules
and
Regulation
Rujuk A41:
Laporan
Indeks Anti-Plagiat
“
Turnitin
”
Rujuk A42:
Petikan
Teks Ucaptama NC
Sempena
Perhimpunan
Bulanan bertarikh 27
Jun 2014 Berhubung
Kes
Plagiarism
Serta Pelanggaran
Etika
Rujuk A43:
Cabutan
Minit
Mesyuarat
Senat 47 Bil. 3/2015
Bertarikh 8 Mei 2015
Berhubung
Perakuan
Keputusan
Peperiksaan