

154
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2017
prestasi kewangan
kepada penyata kewangan. Pada pelupusan pelaburan tersebut, perbezaan di antara hasil
pelupusan bersih dan nilai dibawa diiktiraf dalam penyata pendapatan.
l)
Rosot Nilai Aset Bukan Kewangan
i)
Aset Penjanaan Tunai
Pada setiap tarikh penyata kedudukan kewangan, Kumpulan mengkaji semula
nilai dibawa bagi aset-asetnya untuk menentukan sama ada terdapat sebarang
petunjuk kemerosotan nilai. Jika sebarang petunjuk wujud, rosot nilai dikira dengan
membandingkan nilai dibawa aset dengan amaun boleh pulih. Amaun boleh pulih
adalah nilai tertinggi di antara nilai saksama ditolak kos untuk dijual dan nilai dalam
penggunaan.
Dalam menentukan nilai dalam penggunaan, aliran tunai masa hadapan akan
didiskaun kepada nilai semasanya menggunakan kadar diskaun sebelum cukai yang
menggambarkan nilai pasaran semasa nilai masa wang dan risiko khusus kepada aset
tersebut. Di dalam menentukan nilai saksama ditolak kos untuk dijual pula, urus niaga
pasaran terkini akan diambilkira, jika ada. Jika tiada urus niaga pasaran terkini berlaku,
model penilaian yang sesuai hendaklah digunakan.
Kerugian kemerosotan diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam penyata prestasi kewangan
serta merta apabila nilai dibawa aset melebihi amaun boleh pulihnya, melainkan aset
tersebut dibawa pada jumlah penilaian semula. Sebarang kerugian kemerosotan aset
yang dinilai semula akan dikurangkan setakat lebihan penilaian semula yang masih
belum digunakan bagi aset yang sama.
ii) Aset Penjanaan Bukan Tunai
Kumpulan akan menilai pada setiap tarikh pelaporan sama ada terdapat petunjuk
bahawa aset penjanaan bukan tunai mungkin terjejas. Jika sebarang petunjuk wujud,
maka Kumpulan akan membuat anggaran ke atas jumlah perkhidmatan boleh pulih
aset. Jumlah perkhidmatan boleh pulih aset adalah nilai tertinggi di antara nilai saksama
ditolak kos untuk dijual dan nilai dalam penggunaan.
Kerugian kemerosotan diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam penyata prestasi kewangan
serta merta apabila nilai dibawa aset melebihi jumlah perkhidmatan boleh pulihnya.
Dalam menentukan nilai dalam penggunaan, Kumpulan telah mengguna pakai
pendekatan kos penggantian yang disusut nilai. Di bawah pendekatan ini, nilai semasa
baki potensi perkhidmatan aset ditentukan sebagai kos penggantian aset yang telah
disusut nilai. Kos penggantian yang disusut nilai akan diukur dengan mengambilkira
kos penggantian aset ditolak susut nilai terkumpul yang dikira atas kos itu bagi
mencerminkan potensi perkhidmatan aset yang telah digunakan atau sudah luput.
Dalam menentukan nilai saksama ditolak kos untuk dijual pula, harga aset dalam
perjanjian yang mengikat akan dilaraskan bagi menentukan harga pelupusan aset
tersebut. Jika tiada perjanjian yang mengikat, tetapi aset tersebut diniagakan di pasaran
secara aktif, maka nilai saksama ditolak kos untuk dijual adalah ditentukan dengan
merujuk kepada nilai pasaran terkini ditolak kos pelupusan. Jika tiada perjanjian jual
mengikat atau pasaran aktif bagi aset, Kumpulan menentukan nilai saksama ditolak
kos untuk menjual berdasarkan maklumat yang ada yang terbaik.
Bagi setiap aset, penilaian dibuat pada setiap tarikh laporan sama ada terdapat sebarang
petunjuk yang sebelum ini kerugian rosotnilai yang diiktiraf mungkin tidak lagi wujud
atau telah berkurangan. Jika petunjuk sedemikian wujud, Kumpulan menganggarkan
jumlah perkhidmatan boleh pulih aset. Kerugian kemerosotan nilai yang diiktiraf
booklayout.indd 154
7/24/18 11:05 AM