

149
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2017
prestasi kewangan
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN
31 DISEMBER 2017
1. MAKLUMAT UMUM
a)
Penubuhan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi
Tentera Malaysia (ATMA) pada 01 Jun 1995 sebagai organisasi yang menjalankan program
pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada pegawai kadet
Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pada 10 November 2006 ATMA telah diwartakan sebagai
UPNM melalui warta kerajaan P.U.(A) 400 bertarikh 09 November 2006.
b)
Aktiviti Utama
UPNM adalah sebuah Universiti yang mengkhusus dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan
Teknologi Pertahanan yang dapat diaplikasi kepada aset pertahanan Negara seperti kapal
tentera laut, pesawat udara dan peralatan ketenteraan dalam Angkatan Tentera Malaysia
(ATM). Aktiviti utama entiti yang dikawal adalah dinyatakan pada Nota 7 kepada Penyata
Kewangan.
c)
Penyata kewangan ini telah disediakan dalam mata wang Ringgit Malaysia (“RM”).
d)
Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 telah di bentang dan
diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah Universiti pada 12 Februari 2018.
2. DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING
a)
Asas Penyediaan Penyata Kewangan
Penyata Kewangan Kumpulan terdiri daripada penyata kewangan UPNM dan entiti-entiti
yang dikawalnya telah disediakan berdasarkan kepada konvensyen kos sejarah selain yang
dinyatakan secara berasingan dan mematuhi Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia
(“MPSAS”). Penyata kewangan entiti yang dikawal pula telah disediakan menurut Piawaian
Pelaporan Kewangan Malaysia (“MFRS”).
b)
Pengiktirafan Hasil
Hasil daripada Urus Niaga Bukan Pertukaran
Urus niaga bukan pertukaran akan diiktiraf sebagai aset apabila terdapat manfaat ekonomi
masa depan atau potensi perkhidmatan dijangka mengalir ke dalam entiti, ianya berpunca
daripada peristiwa lampau serta nilai saksama aset dapat diukur dengan munasabah. Urus
niaga bukan pertukaran yang diiktiraf sebagai aset hendaklah diiktiraf sebagai hasil, kecuali
setakat liabiliti yang juga diiktiraf berkenaan dengan aliran masuk yang sama sebagai
tertunda di dalam penyata kedudukan kewangan. Apabila obligasi terhadap sesuatu liabiliti
itu telah dipenuhi, entiti hendaklah mengurangkan amaun bawaan liabiliti yang diiktiraf itu
dan mengiktiraf amaun hasil yang sama dengan pengurangan itu.
i)
Geran kerajaan yang tidak dikenakan syarat-syarat prestasi masa depan yang tertentu
seperti geran mengurus diambil kira sebagai hasil di dalam penyata prestasi kewangan.
Geran kerajaan yang dikenakan syarat-syarat prestasi masa depan tertentu seperti
geran pembangunan dan penyelidikan diiktiraf sebagai geran tertunda dan dilunaskan
mengikut kos projek yang telah siap, aset yang dibeli dan belanja pakai habis.
booklayout.indd 149
7/24/18 11:05 AM