Previous Page  154 / 174 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 154 / 174 Next Page
Page Background

153

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2017

prestasi kewangan

Kaedah faedah berkesan adalah kaedah untuk mengira kos dilunaskan liabiliti kewangan

dan untuk memperuntukan perbelanjaan faedah ke atas tempoh yang berkaitan. Kadar

faedah berkesan adalah kadar diskaun anggaran pembayaran tunai masa depan yang tepat

menerusi jangka hayat liabiliti kewangan atau, apabila sesuai, tempoh yang lebih singkat,

dengan nilai dibawa liabiliti kewangan tersebut.

Penyahiktirafan Liabiliti Kewangan

Liabiliti kewangan dinyahiktiraf apabila obligasi yang dinyatakan dalam kontrak telah

dilepaskan, dibatalkan atau tamat hayat.

Sebarangperbezaandiantaranilaidibawaliabilitikewanganyangdinyahiktirafdanpertimbangan

dibayar adalah diiktiraf di dalam lebihan atau kurangan dalam tempoh penyahiktirafan.

i)

Tunai dan Kesetaraan Tunai

Penyata aliran tunai telah disediakan menggunakan kaedah tidak langsung. Tunai dan

kesetaraan tunai terdiri daripada tunai di tangan dan di bank serta pelaburan berkecairan

tinggi dengan bank berlesen dan institusi kewangan yang sedia ditukar kepada amaun tunai

yang diketahui dan tertakluk kepada risiko perubahan nilai yang tidak ketara.

j)

Kaedah Penyatuan

Penyata kewangan yang disatukan terdiri daripada penyata kewangan UPNM dan entiti-

entiti yang dikawalnya. Entiti yang dikawal adalah entiti di mana Kumpulan mempunyai

kuasa untuk melaksanakan kawalan ke atas dasar-dasar kewangan dan operasi untuk

memperoleh manfaat daripada aktiviti-aktiviti mereka.

Entiti yang dikawal disatukan dengan menggunakan kaedah pengambilalihan perakaunan.

Di bawah kaedah pengambilalihan perakaunan, keputusan entiti yang dikawal yang diambil

alih atau dilupuskan di dalam tahun kewangan dimasukkan ke dalam penyata prestasi

kewangan yang disatukan dari tarikh pengambilalihan atau sehingga tarikh kuat kuasa

pelupusan mengikut kesesuaian. Aset-aset dan liabiliti entiti yang dikawal dinilai pada nilai

saksama pada tarikh pengambilalihan. Perbezaan antara kos pengambilalihan dan nilai

saksama bahagian Kumpulan dalam aset bersih entiti yang dikawal yang diambil alih pada

tarikh pengambilalihan dimasukkan dalam penyata kedudukan kewangan disatukan sebagai

muhibah atau muhibah negatif yang timbul dalam penyatuan.

Urus niaga antara Kumpulan, baki serta keuntungan tidak direalisasi dihapuskan semasa

penyatuan dan penyatuan penyata kewanganmencerminkan urus niaga luaran sahaja. Kerugian

tidak direalisasi dihapuskan semasa penyatuan melainkan kos tidak boleh diperoleh semula.

Keuntungan atau kerugian daripada pelupusan entiti yang dikawal adalah perbezaan di

antara hasil pelupusan bersih dan bahagian Kumpulan dalam aset bersih berserta dengan

sebarang baki muhibah yang belum dilunaskan dan perbezaan pertukaran.

Kepentingan minoriti dalam penyata kedudukan kewangan disatukan terdiri daripada

minoriti daripada nilai saksama aset dan liabiliti dikenal pasti yang diperoleh pada tarikh

pengambilalihan bahagian minoriti dalam perubahan ekuiti entiti yang dikawal sejak itu.

Penyata kewangan disatukan disediakan menggunakan dasar-dasar perakaunan yang

seragam bagi urusniaga dan peristiwa dan syarat lain dalam keadaan yang sama kecuali

yang dinyatakan di dalam nota yang berasingan.

k)

Entiti yang dikawal

Pelaburan di dalam entiti yang dikawal dinyatakan pada kos tolak kerugian kemerosotan

nilai. Dasar untuk pengiktirafan dan penilaian kerugian rosot nilai adalah mengikut Nota 2(l)

booklayout.indd 153

7/24/18 11:05 AM