

155
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2017
prestasi kewangan
sebelumnya dibalikkan hanya jika terdapat perubahan dalam andaian yang digunakan
untuk menentukan jumlah perkhidmatan boleh pulih aset sejak kerugian kemerosotan
nilai terakhir diiktiraf. Pembalikan adalah terhad setakat nilai dibawa aset tidak melebihi
jumlah perkhidmatan boleh pulih atau tidak melebihi nilai dibawa yang mungkin
setelah susut nilai terkumpul seperti tiada kerugian kemerosotan nilai diiktiraf bagi
aset tersebut dalam tahun sebelumnya. Pembalikan tersebut diiktiraf dalam penyata
prestasi kewangan.
m)
Aset Kewangan
Aset kewangan diiktiraf dalam penyata kedudukan kewangan apabila Kumpulan menjadi
pihak kepada peruntukan kontrak instrumen.
Pada pengiktirafan awal, aset kewangan adalah diukur pada nilai saksama, termasuk kos
urusniaga untuk aset kewangan yang tidak diukur pada nilai saksama menerusi lebihan atau
kurangan, yang terlibat secara langsung di dalam mengisu aset kewangan.
Selepas pengiktirafan awal, aset kewangan akan dikelaskan kepada salah satu daripada
empat kategori aset kewangan iaitu aset kewangan diukur pada nilai saksama menerusi
lebihan atau kurangan, pinjaman dan belum terima, pelaburan dipegang hingga matang dan
aset kewangan sedia untuk dijual.
Pembelian atau penjualan aset kewangan yang memerlukan penyerahan aset dalam tempoh
masa yang ditetapkan oleh peraturan atau konvensyen di dalam pasaran akan diiktiraf pada
tarikh transaksi itu dibuat, iaitu tarikh di mana Kumpulan membuat komitmen untuk membeli
atau menjual aset tersebut.
Kumpulan hanya mempunyai kategori aset kewangan seperti berikut:
Pinjaman dan Belum Terima
Pinjaman dan belum terima adalah aset kewangan bukan derivatif dengan bayaran tetap
atau boleh ditentukan yang tidak disebut harga dalam pasaran aktif. Selepas pengukuran
awal, aset kewangan tersebut kemudiannya diukur pada kos dilunaskan menggunakan
kaedah faedah berkesan dan ditolak rosotnilai. Kos dilunaskan dikira dengan mengambil
kira apa-apa diskaun atau premium atas pembelian aset tersebut serta yuran atau kos yang
merupakan sebahagian daripada kadar faedah berkesan. Kerugian yang timbul daripada
kemerosotan nilai diiktiraf dalam lebihan atau kurangan.
Rosot Nilai Aset Kewangan
Pada akhir setiap tempoh pelaporan, Kumpulan akan menilai sama ada terdapat sebarang
bukti objektif bahawa aset kewangan perlu untuk dirosot nilai. Bukti objektif termasuk:
i)
kesukaran kewangan yang ketara oleh peminjam;
ii) pembayaran tertunggak;
iii) kemungkinan bahawa peminjam akan muflis; atau
iv) data yang menunjukkan bahawa terdapat penurunan di dalam anggaran aliran tunai
masa depan.
Bagi kategori aset kewangan yang diukur pada kos dilunaskan, jika tiada bukti objektif wujud
bagi individu yang ketara, maka semua aset dalam kumpulan yang mempunyai ciri-ciri
risiko yang serupa tidak kira sama ada ia ketara atau tidak, akan dinilai secara kolektif untuk
menentukan sama ada ia perlu dibuat rosot nilai.
Kerugian rosot nilai, berhubung dengan aset kewangan yang diukur pada kos dilunaskan,
diukur sebagai perbezaan di antara nilai dibawa aset berkenaan dan nilai semasa anggaran
aliran tunai yang didiskaunkan pada kadar faedah berkesan yang asal. Nilai dibawa aset
booklayout.indd 155
7/24/18 11:05 AM