

157
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2017
prestasi kewangan
iii) Cukai Input
UPNM menanggung GST yang dikenakan oleh pembekal bagi perolehan perkhidmatan
berkaitan dengan pendidikan. UPNM boleh menuntut GST (cukai input) bagi perolehan
bekalan/perkhidmatan berkadar standard 6% sekiranya perolehan tersebut ada kaitan
dengan pembekalan berkadar standard 6% (cukai output).
q)
Aset Tak Ketara
Aset tak ketara diiktiraf apabila ia terdapat kemungkinan bahawa manfaat ekonomi masa
hadapan atau potensi perkhidmatan akan mengalir kepada entiti dan kos atau nilai saksama
aset boleh diukur dengan pasti.
Aset tak ketara diambilalih secara berasingan adalah diukur pada kos pada awalnya
manakala aset yang diperolehi melalui urus niaga bukan pertukaran akan diukur berdasarkan
nilai saksama pada tarikh perolehan. Selepas itu, aset tak ketara diukur pada kos ditolak
sebarang pelunasan terkumpul dan sebarang kerugian rosot nilai terkumpul, jika ada. Kos
yang berkaitan dengan aset tak ketara yang dijanakan secara dalaman kecuali perbelanjaan
pembangunan diiktiraf sebagai perbelanjaan.
Sesuatu aset tak ketara itu akan dinilai sama ada terdapat tempoh jangkaan hayat ataupun
tidak. Jika aset tak ketara itu tidak mempunyai jangkaan hayat, maka ia tidak perlu dilunaskan
tetapi perlu dinilai sama ada perlu dibuat rosot nilai jika terdapat sebarang petunjuk.
Perisian komputer dilunaskan berdasarkan jangkaan hayat selama 5 tahun.
Pada setiap tarikh pelaporan, tempoh dan kaedah pelunasan akan dikaji semula jika terdapat
tanda perubahan yang ketara dalam faktor-faktor yang memberi kesan kepada nilai sisa,
jangkaan hayat atau corak penggunaan aset sejak tarikh pelaporan tahunan yang lalu.
Keuntungan atau kerugian atas nyahiktiraf aset tak ketara adalah ditentukan dengan
membandingkan nilai pelupusan bersih dengan nilai dibawa aset di mana perbezaannya
akan diambil kira sebagai keuntungan atau kerugian di dalam penyata prestasi kewangan.
Kos penyelidikan dan pembangunan
Kos penyelidikan diiktiraf sebagai perbelanjaan. Kos pembangunan pada projek individu
diiktiraf sebagai aset tidak ketara apabila entiti dapat menunjukkan bahawa:
•
Kebolehlaksanaan teknikal dalam menyempurnakan aset tersebut agar aset itu boleh
digunakan atau dijual;
•
Keinginan untuk menyempurnakan dan keupayaan untuk menggunakan atau menjual
aset tersebut;
•
Bagaimana aset tersebut akan menghasilkan faedah ekonomi masa hadapan atau
potensi perkhidmatan;
•
Ketersediaan sumber untuk menyempurnakan aset tersebut; dan
•
Keupayaan untuk mengukur dengan pasti perbelanjaan semasa pembangunan
Selepas pengiktirafan awal sesuatu aset, aset tersebut akan dibawa pada kos ditolak
sebarang pelunasan terkumpul dan kerugian rosot nilai terkumpul, jika ada. Pelunasan
aset bermula apabila pembangunan selesai dan aset sedia untuk digunakan. Ia dilunaskan
sepanjang tempoh manfaat masa depan yang dijangkakan. Di dalam tempoh pembangunan,
aset diuji untuk rosot nilai dengan sebarang kerugian kemerosotan nilai diiktiraf serta merta
dalam penyata prestasi kewangan.
booklayout.indd 157
7/24/18 11:05 AM