

159
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2017
prestasi kewangan
w)
Aset infrastruktur
UPNM memiliki aset infrastruktur iaitu jalan raya yang tidak direkodkan di dalam penyata
kewangan. Ini disebabkan UPNM masih lagi di dalam proses untuk menyelenggara
maklumat berhubung aset infrastrukturnya. Oleh itu, UPNM telah menggunakan peruntukan
dan pengecualian peralihan di mana UPNM tidak perlu untuk menukar dasar perakaunan
berhubung dengan pengiktirafan dan pengukuran aset infrastrukturnya di dalam tempoh
tiga tahun bermula dari tarikh menerimapakai MPSAS atau sehingga aset tersebut diiktiraf
dan diukur (mana yang mana terdahulu). Walau bagaimanapun, ahli lembaga pengarah
berpendapat dengan menggunakan peruntukan dan pengecualian ini, ia tidak akan
menjejaskan persembahan penyata kewangan yang saksama serta pematuhan kepada
asas akruan MPSAS.
3. WANG DI TANGAN DAN DI BANK
Termasuk di dalam wang di tangan dan di bank adalah wang di bank dengan anggaran RM500,000 yang
hanya boleh digunakan untuk tujuan tertentu sahaja.
Termasuk di dalam simpanan tetap adalah wang dengan anggaran RM79,116,065 yang hanya boleh
digunakan untuk tujuan tertentu sahaja.
4. SIMPANAN TETAP
booklayout.indd 159
7/24/18 11:05 AM