Previous Page  157 / 174 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 157 / 174 Next Page
Page Background

156

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2017

prestasi kewangan

tersebut akan dikurangkan melalui penggunaan akaun elaun. Sebarang kerugian rosot nilai

diiktiraf dalam lebihan atau kurangan dengan serta-merta. Jika, dalam tempoh kemudiannya,

sebarang amaun kerugian rosot nilai menurun, kerugian rosot nilai yang diiktiraf sebelumnya

akan dibalikkan secara langsung dalam akaun elaun. Pembalikkan ini diiktiraf dalam lebihan

atau kurangan dengan serta-merta.

Penyahiktirafan Aset Kewangan

Aset kewangan dinyahiktiraf apabila hak kontrak untuk aliran tunai daripada aset kewangan

tersebut tamat tempoh atau diselesai serta Kumpulan telah memindahkan risiko dan

ganjaran pemilikan aset kewangan yang ketara kepada pihak lain.

Pada penyahiktirafan aset kewangan secara keseluruhannya, perbezaan di antara nilai

dibawa dan jumlah pertimbangan diterima serta sebarang keuntungan atau kerugian

kumulatif adalah diiktiraf dalam lebihan atau kurangan dalam tempoh penyahiktirafan.

n)

Peruntukan Liabiliti

Peruntukan bagi liabiliti diiktiraf apabila Kumpulan mempunyai obligasi kini hasil

daripada peristiwa lampau dan adalah berkemungkinan bahawa aliran keluar sumber

yang mengandungi manfaat ekonomi atau potensi perkhidmatan yang diperlukan untuk

menyelesaikan obligasi tersebut dan jumlah anggaran yang munasabah boleh dibuat.

Peruntukan dikaji semula pada setiap tarikh penyata kedudukan kewangan dan diselaraskan

untuk menggambarkan anggaran semasa yang terbaik. Di mana kesan nilai masa wang

adalah material, jumlah peruntukan adalah nilai kini perbelanjaan yang dijangka akan

diperlukan untuk menyelesaikan obligasi tersebut.

o)

Transaksi Mata Wang Asing

Urus niaga dalam mata wang asing pada mulanya dicatatkan dalam Ringgit Malaysia pada

kadar pertukaran yang berkuat kuasa pada tarikh transaksi. Pada setiap tarikh penyata

kedudukan kewangan, pertukaran mata wang asing bagi item monetari diterjemahkan ke

dalam Ringgit Malaysia pada kadar pertukaran yang berkuat kuasa pada tarikh berkenaan.

Item bukan monetari pada permulaannya didominasi dalam mata wang asing, yang dibawa

pada kos sejarah diterjemahkan menggunakan kadar sejarah pada tarikh pengambilalihan.

Semua perbezaan kadar pertukaran diiktiraf dalam penyata prestasi kewangan.

p) Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan berkuatkuasa pada 1 April 2015. Sebagai

Universiti Awam yang menyediakan perkhidmatan pendidikan, skop pembekalan UPNM

adalah pembekalan dikecualikan dan boleh dirujuk dalam Perintah Cukai Barang Dan

Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 P.U.(A) 271. Implikasi kepada UPNM adalah

seperti berikut:

i)

Cukai Output

Perkhidmatan pendidikan seperti yuran pengajian, yuran asrama dan perkhidmatan

pentadbiran yang berkaitan dengan pembekalan pendidikan adalah dikecualikan

daripada GST dan tiada cukai output dibayar. Perkhidmatan bukan pendidikan

contohnya seperti penganjuran seminar atau sewaan ruang niaga adalah tertakluk

kepada GST berkadar standard (6%) atau berkadar sifar (0%).

ii) Perintah Relif

Universiti Awam tidak membayar GST untuk perolehan bekalan berkaitan pendidikan

kerana pembekal tidak mengenakan GST terhadap perolehan barang terpilih yang

mendapat perintah relif di bawah pendidikan.

booklayout.indd 156

7/24/18 11:05 AM