Previous Page  152 / 174 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 152 / 174 Next Page
Page Background

151

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2017

prestasi kewangan

Kadar susut nilai adalah seperti berikut:

Bangunan dan Ubahsuai

2%

Kemudahan/Infrastruktur

10%

Kenderaan

20%

Perabot/Buku Teks

20%

Alat Kelengkapan

25%

Jika terdapat tanda perubahan yang ketara dalam faktor-faktor yang memberi kesan kepada

nilai sisa, jangkaan hayat atau corak berguna aset sejak tarikh laporan tahunan lepas, nilai

sisa, kaedah susutnilai dan hayat berguna aset yang boleh disusutnilai akan disemak semula

dan dilaraskan secara prospektif.

e)

Manfaat Pekerja

i)

Manfaat Jangka Pendek

Upah, gaji, bonus dan sumbangan keselamatan sosial dikira sebagai perbelanjaan

dalam tahun di mana perkhidmatan berkaitan diberikan oleh pekerja. Pengumpulan

ganti rugi jangka pendek bagi ketidakhadiran seperti cuti tahunan bergaji akan diambil

kira apabila perkhidmatan diberikan oleh pekerja di mana hak mereka terhadap ganti

rugi ketidakhadiran di masa hadapan akan meningkat dan ganti rugi jangka pendek

yang tidak dikumpulkan di atas ketidakhadiran seperti cuti sakit akan dikira apabila

ketidakhadiran berlaku.

ii) Manfaat Jangka Panjang

Pengumpulan jangka panjang ganjaran ketidakhadiran seperti cuti tahunan berbayar

akan diambil kira apabila perkhidmatan telah diberikan oleh pekerja yang mana telah

meningkatkan hak mereka ke atas ganjaran ketidakhadiran di masa hadapan.

Jenis manfaat pekerja jangka panjang yang diiktiraf secara akruan adalah bayaran

Gantian Cuti Rehat (GCR) untuk pekerja yang telah mencapai umur 40 tahun bagi

wanita dan 45 tahun bagi lelaki dengan andaian bahawa pada umur tersebut pekerja

yang berkaitan mempunyai hak untuk membuat persaraan pilihan berbanding umur

bersara wajib iaitu ketika mencapai umur 60 tahun.

Universiti jugamengiktiraf bayaran pampasan bagi pekerja kontrak yang akan tamat pada

satu atau dua tahun berikutnya sebagai perbelanjaan dalam Penyata Prestasi Kewangan.

iii) Pelan Sumbangan Terancang

Seperti diperuntukkan oleh undang-undang, semua perbadanan di Malaysia membuat

sumbangan kepada skim pencen, dan kumpulan wang simpanan pekerja. Sumbangan

tersebut diambil kira sebagai perbelanjaan di dalam penyata prestasi kewangan apabila

perbelanjaan tersebut dilakukan.

f)

Cukai

UPNM adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan atas hasilnya di bawah perenggan 13

Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967 kecuali bagi hasil dividen.

Perbelanjaan cukai pendapatan entiti yang dikawal yang diiktiraf di dalam penyata prestasi

kewangan adalah terdiri daripada cukai semasa dan cukai tertunda. Cukai semasa adalah

jumlah jangkaan cukai pendapatan yang perlu dibayar berhubung dengan keuntungan yang

boleh dicukai bagi tahun semasa dan dikira menggunakan kadar cukai yang telah digubal

atau sebahagian besarnya digubal menjelang tarikh pelaporan.

booklayout.indd 151

7/24/18 11:05 AM