

152
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2017
prestasi kewangan
Cukai yang perlu dibayar ke atas keuntungan boleh dicukai bagi tempoh semasa dan lalu
diiktiraf di dalam liabiliti semasa setakat yang tidak terbayar. Jika amaun yang dibayar
berkenaan dengan tempoh semasa dan lalu melebihi amaun yang perlu dibayar bagi
tempoh-tempoh itu, lebihan tersebut diiktiraf di dalam aset semasa.
Liabiliti dan aset cukai semasa diimbangi hanya apabila Syarikat mempunyai hak yang
sah di sisi undang-undang untuk mengimbangkan amaun dan berhasrat sama ada untuk
menyelesaikan pada asas bersih, atau merealisasikan aset dan menyelesaikan liabiliti secara
serentak.
Cukai tertunda diperuntukkan menggunakan kaedah liabiliti, ke atas perbezaan sementara
pada tarikh penyata kedudukan kewangan di antara asas cukai aset dan liabiliti dan nilai
dibawa di dalam penyata kewangan. Pada dasarnya, liabiliti cukai tertunda diiktiraf bagi
semua perbezaan sementara boleh cukai. Aset cukai tertunda pula diiktiraf bagi perbezaan
sementara boleh ditolak, kerugian cukai belum digunakan dan kredit cukai yang tidak
digunakan pada tahap di mana ia berkemungkinan bahawa keuntungan boleh dicukai pada
masa hadapan boleh digunakan. Cukai tertunda tidak diiktiraf jika perbezaan sementara
timbul daripada muhibah atau muhibah negatif atau daripada pengiktirafan awal sesuatu
aset atau liabiliti dalam urus niaga yang bukan kombinasi perniagaan dan pada masa urus
niaga, tidak menjejaskan keuntungan perakaunan atau keuntungan boleh cukai.
Cukai tertunda dikira pada kadar cukai yang dijangka akan digunakan dalam tempoh di
mana aset direalisasi atau liabiliti diselesaikan, berdasarkan kadar cukai yang telah
digubal atau digubal sebahagian besarnya pada tarikh pelaporan. Cukai tertunda diiktiraf
di dalam penyata prestasi kewangan, kecuali apabila ia timbul daripada urus niaga yang
diiktiraf secara langsung dalam ekuiti, di mana cukai tertunda juga diiktiraf secara langsung
dalam ekuiti, atau apabila ia timbul daripada kombinasi perniagaan yang merupakan
pengambilalihan, dalam mana cukai tertunda dimasukkan ke dalam muhibah yang terhasil
dan muhibah negatif.
g)
Pembinaan dalam Kemajuan
Pembinaan dalam kemajuan yang dilakukan oleh Universiti akan dimodalkan dalam
hartanah, loji dan peralatan setalah pendapat sijil perakuan layak menduduki (Certificate of
Fitness (CF)). Susut nilai tidak dikenakan ke atas bangunan yang masih dalam pembinaan.
h)
Liabiliti Kewangan
Liabiliti kewangan diiktiraf dalam penyata kedudukan kewangan apabila Kumpulan menjadi
pihak kepada peruntukan kontrak instrumen.
Pada pengiktirafan awal, liabiliti kewangan adalah diukur pada nilai saksama, termasuk kos
urusniaga untuk liabiliti kewangan yang tidak diukur pada nilai saksama menerusi lebihan
atau kurangan, yang terlibat secara langsung di dalam mengisu liabiliti kewangan.
Selepas pengiktirafan awal, liabiliti kewangan dikelaskan kepada salah satu daripada dua
kategori liabiliti kewangan iaitu liabiliti kewangan diukur pada nilai saksama menerusi lebihan
atau kurangan, dan pinjaman dan belum bayar.
Kumpulan hanya mempunyai kategori liabiliti kewangan seperti berikut:
Pinjaman dan Belum Bayar
Selepas pengiktirafan awal, pinjaman dan belum bayar adalah diukur pada kos dilunaskan
menggunakan kaedah faedah berkesan. Keuntungan atau kerugian diiktiraf di dalam lebihan
atau kurangan apabila liabiliti kewangan dinyahiktiraf atau dirosot nilai.
booklayout.indd 152
7/24/18 11:05 AM