

158
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2017
prestasi kewangan
r)
Mengofset Instrumen Kewangan
Aset kewangan dan liabiliti kewangan hanya dikontra jika, dan hanya jika, terdapat hak
undang-undang mengofsetkannya dan terdapat tujuan untuk menyelesaikannya pada nilai
bersih atau untuk merealisasikan aset dan menyelesaikan liabiliti secara serentak.
s)
Nilai Saksama Instrumen Kewangan
Nilai saksama instrumen kewangan yang didagangkan dalampasaran aktif pada setiap tarikh
laporan adalah ditentukan dengan merujuk harga pasaran disebut tanpa mengurangkan kos
urus niaga.
t)
Pihak Berkaitan
Kumpulan menganggap pihak berkaitan sebagai orang atau entiti dengan keupayaan untuk
mengenakan kawalan secara individu atau bersama, atau untuk melaksanakan pengaruh
penting ke atas Kumpulan, atau sebaliknya. Kakitangan penting pihak pengurusan dianggap
sebagai pihak berkaitan dan terdiri daripada ahli lembaga pengarah.
u)
Maklumat Bajet
Bajet tahunan disediakan pada asas tunai. Memandangkan penyata kewangan disediakan
menggunakan asas akruan, maka satu Penyata Perbandingan Bajet dan Sebenar didedahkan
secara berasingan. Penyata ini telah disediakan menggunakan asas penyediaan bajet
tahunan dan hanya merujuk kepada bajet mengurus sahaja.
Jumlah bajet hanya dibentangkan bagi pihak UPNM sahaja dan tidak mengambilkira bajet
entiti yang dikawal kerana ia tidak perlu didedahkan kepada pihak luar. Jumlah bajet ini telah
diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.
v)
Pertimbangan Perakaunan Kritikal dan Sumber Utama Ketidakpastian Anggaran
Pertimbangan Perakaunan Kritikal
Tiada sebarang pertimbangan perakaunan kritikal selain daripada anggaran yang terlibat
seperti di bawah, yang mempunyai kesan ketara ke atas jumlah yang diiktiraf di dalam
penyata kewangan.
Sumber Utama Ketidakpastian Anggaran
Anggaran utama berkenaan masa hadapan, dan lain-lain sumber utama ketidakpastian
anggaran pada tarikh pelaporan, yang mempunyai risiko ketara yang akan menyebabkan
pelarasan penting terhadap nilai dibawa aset dan liabiliti di dalamtahun kewangan seterusnya
adalah seperti berikut:
Kerugian Rosotnilai bagi Belum Terima
Kumpulan menilai pada setiap tarikh pelaporan sama ada terdapat sebarang bukti objektif
bahawa aset kewangan terjejas. Untuk menentukan sama ada terdapat bukti objektif
rosot nilai, Kumpulan menganggap faktor seperti ketidakmampuan bayar siberhutang
dan keingkaran atau kelewatan pembayaran yang ketara. Jika terdapat bukti objektif
kemerosotan nilai, jumlah dan masa aliran tunai masa depan dianggarkan berdasarkan
sejarah pengalaman kerugian untuk aset yang mempunyai ciri- ciri risiko kredit yang serupa.
Perubahan Anggaran Jangka Hayat bagi Hartanah, Loji dan Peralatan
Semua hartanah, loji dan peralatan disusut nilaikan mengikut kaedah garis lurus sepanjang
jangkahayat aset tersebut. Pengurusanmenganggarkan jangkahayat hartanah, loji danperalatan
dalam tempohmasa 4 hingga 50 tahun. Perubahan dalamanggaran corak penggunaan aset dan
pembangunan teknologi boleh memberi kesan kepada jangka hayat dan nilai sisa aset tersebut.
Ini akan menyebabkan susut nilai aset pada masa hadapan akan disemak semula.
booklayout.indd 158
7/24/18 11:05 AM